السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
tengok tajuk macam berapi je kan? tapi ema skrg tak de pon berangin dgn sape-sape. berangin sebab tak lunch lagi ade la. sementara tunggu student-student buat latihan yg ema bagi, ema pon belek-belek la metro hari ni. online punye ye..
tengok satu berita rasa cam nak menangis je. apa nak jadi la dengan manusia sekarang kan? kes buang anak ni terlalu banyak kan kat malaysia? buat malu je la. tak habis-habis dgn kes yg melibatkan sex.
buang anak sana-sini, gugurkan anak, nak jatuh kan lawan pun bangkitkan isu sex, kene tangkap basah kat sana, kene cekup kat sini.. haish.. tersentap jiwa raga dgn semua tu. kan? kan? kan? nama je negara islam. tapi moral-moral islam takde langsung. salah siapakah sume ni?? (cewahh.. bajet je makcik ni). sekarang cuba korang baca berita kat bawah ni. mesti ramai da bace berita ni kan? aku je yg lambat.. tak kira.. korang baca jugak.. jgn skip haaa...
KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan yang cukup sifat ditemui sepasang suami isteri di kawasan tanah perkuburan Islam Danau Kota, Taman Setapak Indah, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, pasangan suami isteri terbabit dikatakan mendengar tangisan bayi itu sebelum menghampiri kawasan itu dan terkejut sebaik melihat bayi yang masih hidup di buang di atas rumput.
Difahamkan, bayi itu ditemui dalam keadaan berbalut dengan kain batik dan tuala berwarna biru malah, keadaan bayi itu juga masih berdarah dan mempunyai uri.
Bersimpati dengan keadaan bayi perempuan itu, pasangan terbabit kemudiannya bertindak menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, hasil pemeriksaan mendapati bayi itu berkemungkinan baru dilahirkan dalam tempoh tiga jam sebelum ditemui.
“Bayi yang cukup sifat itu kemudiannya diserahkan kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan kini dirawat di Unit Rawatan Intensif Bayi (Nicu) bagi rawatan selanjutnya,” katanya.
“Usaha mengesan individu yang bertanggungjawab terhadap pembuangan bayi itu masih giat dijalankan dan polis masih belum menemui sebarang bukti di tempat bayi itu ditemui,” katanya.
Bagaimanapun, bangsa sebenar bayi seberat 2.35 kilogram (kg) dan berkulit cerah itu masih belum dapat dikenal pasti. Menurutnya, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
sanggup tu baby baru lahir sangat tu. hishh.. kalo tak nak sangat anak tu bak sini kat aku pencinta baby ni nak jage. (tapi xberani pon nak jage ank org luar.. nanti ikut perangai mak dia naya aku..) dah pandai buat baby pandai la jage. ni nak main je sedap. pahtu taknak bertanggungjawab. sungguh aku tak suka benda camni. cuba korang tgk baby nye..
comel nak mampus ni. ekceli mak sedara ema yg dok kl pon ada jage sorang ank yg org buang ni. org buang depan umah lak tu. anak perempuan jugak and still ada tali pusat. memang baru lahir sgt-sgt. sebab ada kesan titik-titik darah mak dia jln pegi umah tu. memang kesian kan? skrg da besar da bdk tu. darjah 3 da..
ema rasa la kan.. mak-mak yg buang ank ni sebenar nye tak sanggup pun nak buang, tapi sebab terpaksa la kan. dah tak tau nak buat cemane. dtg dari kampung, pastu tersasar, pahtu terberanak pahtu terbuang anak. yela, nnt tetiba balik kg bwk ank tak ke naya. haa.. terel x ema reka cerita? huhu.
mak betul cousin angkat ema tu pon camtu la. 2 3 bulan lepas kejadian dia dtg uma mak sedara ema. and ngaku dia yg buang ank tu. tapi dia tak nak amek pon sbb dh sah jadi hak mak sedara ema and dia pon tak rasa dia boleh jaga budak tu. yg tak boleh blah nye.. bapak budak tu org endon. haiyaa.. endon yg dtg jadi buruh kasar kat sini pon nak rembat jugak ke..
apa la nasib budak-budak ni kan bila besar nanti? bila tau yg deme ni kene buang dek mak deme kan? mesti sentap gila rasa cam nak mati je kan? yg takde org bela la. yg dah selamat dapat family baru tu alhamdulillah la..
So, pesanan penaja, sama-sama la renung and pikir ke depan apa akan jadi sebelum nak sedap ok!
3 comments:
2la..
cian kat baby comel tu..
baby tu xb'salah pon..
hurmm..
tak kire ape pon situasi mak budak tu, die tak patut buang anak die mcm tu..at least, serahkan pade orang yg sudi menjaganya...bukan buang mcm haiwan..:(
meh ke rumah..
~pray for mawaddah~
keep in touch ye..♥♥♥
cik ezy; tu la pasal.. xberhati perut betul..
dda ly; jln pintas.. cmtu la jd nye bila akal xdigunakan sebaiknya..
Post a Comment