Pages

Leave ur 'jejak' here :)

Wednesday, March 16, 2011

Sabar itu separuh daripada iman...

Di pagi yang sunyi tak berapa nak sunyi, sang burung berkicauan dan berterbangan riang mencari rezeki. Kelihatan kenderaan merangkak-rangkak dan mengaum di atas jalan raya tanpa jemu. Walaupun kadangkala ia tersengguk. Sebijik Wave 100 turut merayap di atas jalan tar yang berlubang di sana-sini akibat jalan raya yang sedang dinaik taraf kepada highway, menuju ke destinasi yang sudah pasti. Sedang si pembonceng menghidu udara wangi pagi.. tetiba..

“Cit..incik  lembu nih. Ntah kat mane-mane la dia melepas. Terbantut mood aku nak feeling-feeling pepagi nih,”

Sebaik sampai di destinasi yang dituju, motor ditambat dengan kemas dan rapat nye ke tiang. (Sebab takut kene kebas lagi.. motor orang ni weh..). Kelihatan 4 orang gadis yang manis-manis bertenggek di atas motor menanti saat pintu pagar dibuka. Dan akhirnya… menyerbu masuk bak kambing dilepaskan dari kandangnya sebaik melihat tangga. Tanpa disedari, seorang makhluk Tuhan yang bernama perempuan sedang mengintai ruang dan peluang untuk membalas dendam. Dan tiba-tiba, si adik memanggil kakaknya dan menyerahkan satu kertas.

(Sila jelaskan bil ini hari ini juga. Yang benar, Fulanah binti Fulan)

Si kakak lantas berfikir;

“Aik, bukan dah bayar ke bulan lepas punye? Lagipun hape jadah nye nak soh bayar bil tapi bagi bil yang potostet? Bagi la yang ori punye. Ko nak simpan buat pekasam ke hape? Mengong punya olang”
Namun, bebelan and potpetan tersebut hanya berlegar-legar di benak dan fikirannya sahaja. Then, dia pun teringat la pesan si ayah terchenta,

“Cara paling senang nak hilangkan marah and tak mau bagi stress sangat dengan benda yang buat ko marah tu, bila ko rasa nak marah ko senyum je. And take it easy,”

Lalu, si kakak melemparkan secebis senyuman duka sambil mendaki tangga hingga ke puncaknya. Nilah masalahnya bila orang melayu sama melayu berniaga. Bukannya nak tolong kaum, berdengki pulak. Apa la salahnya kalau ada masalah datang duduk bertentang empat mata then bincang and selesaikan elok-elok. Ni nak main pass-pass kat orang pahtu dia dok intai kat dalam sambil buat muka benci. Ishh.. tak paham sungguh la.

Bukan nye niat si kakak nak menghena bangsa sendiri. Tapi, tu la hakikat nye kan? Pagi-pagi lagi dah menyepoilkan mood orang lain nak bekerja. Tapi.. take it easy, just smile and there’s nothing you can’t overcome. (Lame tak cakap ayat nih)



P/s: Entry terperam pagi tadi. Sebab datang kije lambat. Huhuhuhu.

No comments:

Bebudak comel

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KiraKira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers