Selamat pagi semua. Wah.. hari ni pagi-pagi lagi aku dah update. Jam aku menunjukkan sekarang ni pukul 10.30 pagi. Awal la tu kan? Tapi for sure entry ni akan di’post’ lewat jugak. Hari ni result final Sem 2 2010/2011 bagi CFS IIUM Students akan keluar. Fuhh.. nervous giler dah ni. Memang berdebar-debar.
Ok, hari ni aku tak nak cakap pasal result or what-so-ever. Sama-sama kita tunggu dengan penuh kesabaran je k. sebab nye walaupun result nye kuar hari ni, tapi sah-sah jalan masuk ke portal myIIUM akan sesak giler dek kerana student yang tak sabar-sabar nak tengok result diorang. Ok, hari ni, Ustazah Emma Kedoink nak cakap pasal sabar sebenar nye. Kan dalam Al-Quran ada sebut; “Sampaikanlah dari ku walau satu ayat,” Ha.. macam tu la lebih kurang bunyik terjemahannya. Ustazah tak ingat sangat dah. So, aku nak jugak la sampaikan pesanan dan peringatan untuk korang.
Sabar dari segi bahasa bermaksud menahan atau mengekang. Dari segi istilah pulak, perkataan sabar ni ada baaanyak sangat maksud nye. Biasa nye kalau sebut sabar je orang akan paham sabar daripada kemarahan dan sabar dengan ujian. Tu yang paling banyak orang paham la kan. So, meh kita teliti satu persatu istilah yang ada dalam sabar ni ok. Ala.. macam yang kita belajar “Introduction to Creative and Critical Thinking” tuh. Dalam bab Tafakkur, kan Tafakkur tu ada banyak term. So, sama la macam sabar nih.
- Sabar dari mengikut syahwat (perut & kemaluan) dipanggil I’ffah
- Sabar dalam pertarungan @ peperangan disebut Syaja’ah (berani)
- Sabar dalam menahan kemarahan disebut Al-Hilmi (lemah-lembut)
- Sabar dalam menahan perkataan (bocor rahsia) disebut Al-Katum (menyimpan rahsia) ataupun macam yang dalam lawan sifat Nabi tu, kita panggil Al-Kitmaan.
- Sabar dari kelebihan-kelebihan @ bermewah-mewahan dipanggil Zuhud.
Ok, setakat nit u dulu la term yang patut korang tau. Padahal yang sebenar nye ada baaanyak lagi. Cuma takut nanti korang pening lak. Peranan sabar dalam hidup manusia ni tersangatlah penting nye.. Kenapa? Sebab nye dalam Al-Quran Allah dah sebut pasal sabar ni lebih kurang dekat 90 tempat. And ada para ulama’ Tafsir cakap yang Allah tak de sebut pasal benda lain sebanyak Dia sebut tentang Sabar nih.
Rasulullah s.a.w pulak pernah ditanya pasal sabar. Then, Baginda s.a.w jawab,
إن الصبر من الإيمان))
yang bermaksud, “Sesungguhnya Sabar itu separuh daripada Iman,” What that means? Maksud n ye orang yang tak reti sabar ni iman dia kurang separuh la. Nak-nak pulak orang tu jenis semayang aci dan je. Puasa pun takat mana larat je. Dah tu tak tutup aurat lagi. Berapa banyak je iman dia yang tinggal? So, selalu-selalu la beristighfar untuk jadi sabar.
Antara Firman Allah dalam Al-Quran yang menyebut tentang Sabar ialah;
- “Dan orang-orang yang sabar dalam musibah, penderitaan dan dalam peperangan mereka itulah orang-orang yang benar imannya, dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa” (QS. Al-Baqarah [2]: 177)
- “Dan Dia memberi balasan kepada mereka atas kesabaran mereka dengan surga dan (pakaian) sutera”. Al-Insan [72]: 12
- “…Dan para malaikat masuk kepada tempat-tempat mereka dari semua pintu (sambil mengucapkan); keselamatan atas kalian berkat kesabaran kalian. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” Ar-Ra’d [13]:23-24
Haa.. macam mana? Dah nampak kelebihan sabar? So, lepas ni banyak-banyakkan la bersabar ye. Sebenar nye apa motif aku cite pasal sabar ni ek? Padahal semalam aku dah cakap dah pasal sabar kan? Camni sebenar nye. Semalam ka nada orang cari pasal ngan aku. So, aku diam je aku sabar je. Tetiba petang semalam adik aku si Alang buat hal pulak. Ha.. time tu memang sabar ntah ke mana senyum ntah sembunyik kat mana. Balik umah tengok bilik bersepah pulak. Habis adik-adik aku kene smash. Dusshhh.. kebabom. Tu la akibat nye kalau main-main dengan orang yang tengah tahan sabar nih. Bukan aku sengaja nak marah-marah pon. Tapi yela. Sabar pon ada batas nye jugak kan.
So nye, kat sini aku nak mintak map dengan budak yang kene ngamuk ngan aku semalam dan jugak adik-adik aku. Sape soh korang tak makan saman. Orang tegur elok-elok buat derrkk je. Apa korang kakak cengil korang ni dah berubah 100% ke? Haish.. habis melayang keayuan aku.
No comments:
Post a Comment