Pages

Leave ur 'jejak' here :)

Monday, January 10, 2011

ANA RAFFALI

salam semua. mesti topik hangat hari ni pasal AJL semalam kan? huhu. ekceli aku tak pegi bilik tv pon tengok live konsert tu. malas la. tunggu dorang balik je then tanya result. ha.. tau jugak perkembangan. tapi, aku tak nak cite pasal result AJL la kat sini. for sure, ramai yg dah tau kan?

aku dengar ramai yg tak suka bila Ana Raffali menang. ye ke? kenapa ek tak suka? ok pe lagu and suara dia. ekceli aku tak kenal sangat dia ni. maklum le.. sejak sibuk dengan assignment yg melambak-lambak ni aku malas nak amek tau sangat hal artis-artis ni. ada lagu sedap aku dengar. takde aku tak cari. aku tau pasal si Ana ni pon dengan lagu 'Kalau Berpacaran' tu je. 

tapi ok jugak pe suara dia. lemak merdu gitu. huhu. pastu aku suka n salute sangat dengan penampilan dia. stay je dengan baju kurung. kan elok gitu. takde la macam kebanyakan artis pompuan. tu terjojol sana, terbukak sini, terdedah kat situ. dah ngalah kan orang barat je aku tengok. bakat tak la tara mana pon bak kata org Kedah. ye tak? dari apa yg aku tau bakat si Ana ni dicungkil melalui youtube. wow.. hebat jugak kan? so sape yg rasa berbakat tu cepat-cepat upload video korang kt youtube. untung-untung boleh pemes cam Ana nih. huhu






gambar-gambar ni sume ehsan mak cik google je ye. santek kan beliau. somel je. tadi masa aku google pasal Ana Raffali ni aku jumpa la blog beliau. harap-harap betul-betul la blog beliau. kalo nak jengah sila ketuk kat sini. best jugak jengah blog dia. simple and kemas. pahtu penulisan dia pon tak la bosan sangat bace. sebab nye dia guna hampir betul-betul bahasa baku. huhu. yeke? ntah la. mengikut pandangan aku je la tu.


then aku jumpa lagi satu laman web Ana Raffali ni. tapi ntah la. aku tak sempat stalk lagi. coz ada program la pulek skrg ni. sengaja melambat kan masa nak pegi sementara tunggu si Dina ni picit jerawat jap. huhu. meh kita stalk sama-sama ek. ketuk kat bawah ni kalo nak pegi sana.


ok la. tu je yg aku nak kongsi. pesanan aku tak yah la nak benci-benci kat orang ye. rezeki masing-masing tu Tuhan dah aturkan. dah rezeki dia kali ni nak dapat RM 35,000.00 tuh. doakan je la dia terus sukses n tak lupa diri cam sesetengah artis lain tu ye. aku nak pegi tengok CFS Got Talent. babai.

No comments:

Bebudak comel

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KiraKira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers