Pages

Leave ur 'jejak' here :)

Sunday, December 12, 2010

Chelsea mahu buktikan tidak terganggu

Salam semua.. walaupun mata tak berenti-berenti berair tapi aku nak update jugak. Huhu. Masa jengah-jengah hmetro tadi terjumpa le artikel ni. So, aku nak tujukan artikel ni utk sorang membe yg memang minat gila dgn Chelsea neh. Huhu.. Go chelsea go~ *poyo jep* Artikel ni mmg lah sebijik-sebijik di kopipes dari sini.



LONDON: Carlo Ancelotti (gambar) menegaskan Chelsea akan menggunakan perlawanan jiran setempat London di Tottenham Hotspur hari ini untuk membuktikan mereka tidak terganggu dengan prestasi buruk yang menjejaskan usaha mereka mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.
Ancelotti berdepan dengan persembahan paling teruk sejak pemilik Blues, Roman Abramovich membeli kelab itu pada 2003 dan Chelsea berada dalam kedudukan bahaya tercicir daripada buruan kejuaraan kecuali mereka boleh menamatkan rentetan empat kekalahan dalam lapan perlawanan.

Juara bertahan itu merudum ke tangga ketiga dan ketinggalan dua mata di belakang pendahulu semasa, Arsenal menjelang tiga perlawanan getir yang disifatkan Ancelotti bakal menentukan hidup mati mereka musim ini.


Selepas bertandang ke kelab yang mempersembahkan prestasi terbaik ketika ini, Tottenham, Blues akan menerima kunjungan Manchester United dan kemudian bertemu Arsenal di Stadium Emirates.

Ia pastinya menghadirkan ujian getir, terutama ketika krisis semasa Chelsea, namun Ancelotti tidak bimbang kerana beliau pernah melalui pengalaman sama ketika menjadi pengurus di AC Milan.


“Saya berdepan saat-saat sukar sebegini pada 2003,” kata Ancelotti. “Kami tidak bermula dengan baik, kami kehilangan kedudukan sebagai pendahulu, pertarungan merebut kejuaraan. Tapi saya berjaya mengekalkan tugas saya dan kami memenangi Liga Juara-Juara.




“Saat buruk ini sama di Itali atau England. Saya tahu bagaimana untuk menguruskan pasukan saya.” Daripada penyingkiran penolongnya Ray Wilkins, Frank Lampard diketepikan dalam tempoh panjang kerana kecederaan, Didier Drogba kemarau gol dan John Terry serta bentengnya bergelut untuk mengelakkan gol dibolosi, ia kelihatan Ancelotti berdepan dengan masalah baru setiap hari.

Di sebalik dakwaan beliau masih mendapat sokongan Abramovich, Ancelotti pasti sedar satu lagi kekalahan akan menyebabkan tugasnya terjejas memandangkan majikannya suka memecat pengurus dengan notis segera.


“Ketika ini, pengalaman, personaliti dan karakter adalah kualiti yang paling penting. Setiap orang boleh membantu pasukan untuk mara ke depan, bukan hanya pemain paling penting,” kata Ancelotti. - AFP


Sekian, terima kasih.

No comments:

Bebudak comel

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KiraKira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers