Pages

Leave ur 'jejak' here :)

Monday, December 20, 2010

Ahad

Salam semua.. ekceli aku tak tau pun nak update apa hari ni. Nak cerita sikit pasal aktiviti aku boleh? Huhu. Sape tak nak tau pegi main jauh-jauh.

Malam semalam aku stay up sampai pukul 3 sebab nak siap kan keje edit-mengedit video interview yg aku terakam terbalik tu. memang sengal la nak buat nye. Lepas tu aku tacap-tacap siket video tu bagi cun. Walaupun beliau tak lah secun aku nih kan. Tapi takpe. Yg penting puas hati. Tapi yg menyakitkan hati nye, bial dah buat bagi santek tak leh pulak nak convert. 

Pagi tadi pulak memang tak senonoh la aku kan bangun tido pukul 11. Tapi aku solat Subuh ok. Lepas tu tido balik la sebab tak tahan godaan cikBan dan jugak incikSel yg goda aku. Panggil-panggil aku. Memang la tak nak bagi aku buat kije lain. Aku terjaga tu pon sebab tetiba ada makhluk mane ntah menjerit dengan penuh gaya nye kat depan pintu. Bongok ke hape? Tak nampak ke aku yg sedang bahagia tidur neh. Dah la katil aku memang sebelah pintu tu je. Kalau tak nak soklan exam susah-susah baca la buku bagi susah-susah mek oii.. Menyusah kan orang betul. Macam nak tembak je mulut makhluk tu dengan stepler besau yg utk lekat kt dinding tu.

Lepas menyucikan diri aku terus capai incikLappy and setat sambung kije-kije maen game. Haha. Mane ade. Kije aku banyak woo.. Lepas tu pegi beli bahan utk melantak pulak sebaik perut aku dah bergendang lagu dangdut. + dah rasa cacing-cacing dlm perut aku ni bergelek sakan sampai terlanggar-langgar dinding perut aku yg memang slim-melim neh.

Dalam kul 3 camtuh kitorang g Giant pulak. Aku dah berjaya men'transfer' duit aku yg berbaki selepas hilang beberapa ratus ke dalam lembah yg lebih mulia. Supaya beliau tak hilang lagi dah. Tapi sampai sekarang aku tak buat report pon kat Bank Muamalat yg duit aku lesap dlm akaun tuh. Magis betul. Toyol zaman sekarang dah pandai guna mesin ATM ek? Sebab dah ramai giler budak UIA yg kelesapan duit nye.

Hari ni jugak aku berjaya menahan nafsu utk men'shopping' dengan rakus nye. And aku hanya beli santapan utk jamu cacing-cacing yg kepanasan dlm perut aku nih je. Bagus nye attire kau bershopping kali ni Emma. Berbangga I tau sebab belanja paling sikit hari ni. Sampai je bilik memang tak pk mende lain dah. Teringat teks interview yg aku belum taip lagi. Padahal aku perlu submit beliau pada esok hari. Ya esok hari ye kawan-kawan. Pukul 9 pagi ye kawan-kawan. And teks tu still tak di'print out' lagi. Bagus la kau ni Emma.

Sekarang ni, detik ini, saat ini, tika ini, semua kije aku dah settle. And sekarang ini merupakan masa utk aku bersuka-ria. Hahaha. Giler ke hape budak ni? Ok, aku dah tak sabar nak main game yg baru di'install' neh sebenar nye. And nak tengok movie sampai lebam. Tanpa menyedari dan melupakan hakikat bahawa Questionnare aku tak siap lagi and sok sebenar nye kelas aku pukul 9 pagi. Aku memang suke buat muka sewel tahan ngantuk lam kelas neh. Susah-susah sangat nak bagi ilang setan-setan yg bergayut kat mata aku tuh, maen la game kt belakang. Huhu. 


2 comments:

Mar said...

duit ang hilang plak ka,..
weyh tag 2 sowk aku buat ea,..

Emma said...

hari tu la ilang RM200.00 lm akaun..
ramai dh yg kene..
baek hmpa cek gk..
yup la..
tp tk pksa la soh buat..
hahaha...

Bebudak comel

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KiraKira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers