Pages

Leave ur 'jejak' here :)

Tuesday, November 9, 2010

Selamat pagi murid-murid. Huhu. Jangan terkejut ye pagi-pagi aku dah update blog. Macam biasa la, hari Selasa kelas aku start pukul 2. So, pagi kita rilek-rilek ye. Sebenar nye semalam lagi aku dah plan nak post entry ni. Tapi karang tak habis. So, ni lah masanya yang sesuai.

Kali ni kita nak cakap bab cinta ye. Bukan nak bagi tips bercinta ke apa. Cuma kongsi perangai-perangai yang sangat annoying bila bercinta ni. Cewahh.. bajet macam aku ni Doktor Love pulek. Kira aci la tu ek. Sebelum kita masuk ke topic perbincangan kita hari ni, aku nak tanya dulu. Sape kat sini ada boyfie? Untuk menjawab sila buat muka teruja sekali.

Kopipes from Google lah..


Ok, cukup la tu sikit-sikit. Thanks kepada yang ikut. Yang tak ikut pulak lain kali kita buat ok. Sebenarnye mende yang aku post ni banyak nye kuar dari kepala otak aku sendiri je. Tak de kopipes ok. So, kalo ada sape-sape yang tak setuju nanti hantar surat bantahan ok. Ni la antara perangai-perangai annoying time bercinta ikut pemerhatian aku la…

First, kalo boleh nak bagi satu dunia tau current status hubungan dorang.

Apa yang aku maksudkan kat sini ek? Ha.. macam ni. Korang perasan tak kalo kat Fb ke twitter ke apa-apa jenis social networking website la kan.. yang girl-girl ni suka la letak status macam :

“Oh bahagia nye p dating ngan pak we aku tadi.. lov u manyak2 syg.. muack3!!”

“Syg..mlm ni 3G ngn I lagi ek..rindu u cangat2..”

“Apa salah aku? Buat tu salah.. buat ni salah.. susah la dpt boyfie yg mcm ni..”

“Kakak, walo apa pun t’jd adk ttp syg dia. Adik xleh tnggl kn dia. Full stop! . ”

“Wah.. romantic nye p.we aku mlm ni….”

Dan sebagai nye la kan. Rasa mcm geli pulak aku nak taip banyak-banyak. Tak dinafikan la kalo boyfie buat something yang sweet mmg kita nak kepoh kan. Tapi cuba korang pikir kemungkinan status korang tu akan makan diri korang balik satu hari nanti. Macam-macam persepsi orang boleh buat kan? Bagi aku la.. benda-benda macam tu tak payah nak kepoci pon. Diam-diam sudaaa…

Second, bila masuk part gaduh ngan pak we.


Google


Ha.. yang ni aku suka jugak walo pun annoying. Huhu. Sebab nye aku pun selalu je gaduh ngan boyfie. Tapi, takde la pulak aku nak canang satu dunia. Sesetangah orang la kan.. bila time baik ngan boyfie tuh.. bila call je.. cara dia cakap.. alahai.. orang yang tengok pun boleh lentok. Tapi, bila sampai part gaduh-gaduh. Ha.. amek kau! Segala bahasa yang tak manis keluar. Pahtu nangis-nangis raung-raung satu bilik tengking-tengking pak we/ mak we nye. Pastu bila rindu tu datang mula la terhegeh-hegeh mintak maaf macam orang tak de maruah. Ish..ish..ish.. tak patut..tak patut.. Tapi, kalo gaduh ngan pak we pastu muka macam kene sembelit tu biasa la kan. Aku pon camtu jugak. Tapi yang seelok nye kita cool je la. Baru la orang cakap:

“Bagus la dia ni ngan boyfie/girl dia. Macam takde masalah jer.. bahagia je semedang”

Haa.. time memang kau akan kembang semangkuk jamban la kan walo pun hakikat nye gaduh malam tadi tak mintak maap lagi. Ha.. best apa camtu. Kan.. kan.. kan..? Sape setuju  angkat kening 3 kali. Hehehe.

Third, bila dah clash pahtu gila talak.

Google


Ha.. benda ni berlaku kat aku. Bukan aku yang gila talak. Ex aku la. Tapi aku bukan nak story pasal kes aku la. Apa pendapat korang kalo benda ni berlaku kat korang?

“Korang couple ngan sorang mamat ni dah lama. And the same time korang ada sorang kawan baik. Korang pulak selalu luah masalah or kongsi cerita best korang ngan boyfie kat kawan baik korang ni. And sampai satu masa, boyfie korang ni mintak break. Korang pun terima la dengan hati yang berat sebab dah tak sefahaman. Tapi, alih-alih korang dapat tau ex korang ni ngan kawan baik korang tu couple pulak. And bila korang baca mesej-mesej kawan baik korang tu ngan ex korang ni, ayat-ayat sweet yang dia anta sama je macam yang korang pernah dapat? Haa… apa korang nak buat?”

Bagi aku la kan.. “Let by gone, be by gone” je la kan. Orang dah tak nak kat kita. Buat apa nak terhegeh-hegeh lagi sampai meraung-raung kat kawan yang lain gitau mende tu? Let go je dua-dua haprak tu. Annoying tak bila kawan korang dah ada boyfie baru tapi asek sebut rindu kat ex? Pastu tengah-tengah dok buat feeling sorang-sorang sampai nangis? Kalo aku, aku kasi lempang je dua tiga das kat muka dia biar mabuk dia tu hilang. Sape nak buat cam aku angkat jari telunjuk letak kat hidung korang. Ok, bagus.

Forth, suka mengada-adakan cerita pasal boyfie tu pahtu kepoci kat sume orang.

Memang best kan kalo tengok sweet couple yang memang cam bahagia gila tu. Lepas tu bila dengar cerita pasal boyfie dia tu bagi itu-ini kat dia. Buat itu-ini kat dia. So, korang pun nak la orang cakap korang ngan boyfie korang ni pun sweet couple jugak. Lepas tu korang pun reka la cerita itu ini (macam nama blog aku tu) kat kawan-kawan korang. Contohnya:

-          Pergi holiday dengan family je sebenar nye. Tapi cerita kat orang pegi ngan boyfie. Bila orang tanya mana gambar korang? Korang cakap dia la camera man nye.. mane ada gamba dia..

-          Lagi, keluar jumpa kawan je sebenar nye. Tapi cerita kat orang boyfie ajak tengok wayang. Berhabis dekat seratus untuk beli bantal love yang gabak giler besar or comel-comel , atau pun teddy bear yang kiut-miut ke baju ke, tudung ke, kasut ke pahtu cakap la boyfie bagi. Ala.. bukan orang tau pun. Ye tak?

-          Lepas tu, pakai rantai or cincin yang lima ringgit tu.. yang kaler silver tu.. cari la loket yang nampak gah sikit kan. Pastu cite la kat kawan-kawan tu bukti cinta boyfie korang kat korang.

Google


Eii.. kalo ada orang macam tu kat depan aku memang aku brain wash dia cukup-cukup. Annoying OK! Tak perlu la buat macam tu.. kalo boyfie korang tau kecik hati dia nanti. Terima la pasangan tu seadanya kan. Tak payah nak tokok tambah cite. Lagi bagus kalo tak yah cite kat orang. Lagi selamat. Tapi kalo orang lain mintak soh cite tu korang piker la sendiri kan..

Fifth, asyik nak berkepit je 24 jam ke sana ke mari.

Google


Ha.. yang ni best. Korang suka tak tengok couple yang asyik nak berkepit je 24 jam. Especially couple yang satu campus la. Macam kat UIA ni. Sangat annoying mata ini melihat ye. Bukan sebab jeles tak leh kepit ngn boyfie lame-lame. Tapi bayangkan korang pegi cafĂ© tu.. nampak dorang, pegi cafe ni.. nampak dorang, jalan nak pegi kelas.. nampak dorang dok jalan same-same, pegi Giant.. Nampak dorang dok pilih barang same-same. Pendek kata everything la  same-same. Tak cukup siang, malam pulak sanggup pegi overnight kat McD yang bukak 24 jam tu. Lepas tu balik hostel pukul 6.30 pagi, tido kejap sampai pukul 7.30 pagi, lepas tu kelam kabut bangun mandi and pegi kelas pukul 8. Sanggup ek buat macam tu. Bila result final keluar, tengok-tengok down. Lepas tu menangis macam orang mati laki. Bak kata Wana, tak bosan ke tengok muka boyfie/girl korang tu 24 jam? Annoying dowh..

Yang lagi best nye kan.. bila sem lepas nampak couple ni sangat lah rapat. Macam dah tak boleh berpisah langsung. Macam dah tak sabar nak hidup sama-sama. Tapi alih-alih sem ni berkepit dengan orang lain pulak dah… Ish..ish..ish.. Tukar couple macam tukar  baju je. Terbaeekkk lah gitu.

Ok la. Cukup la 5 point yang aku hujah kan. Huhu. Kalo ada yang terasa maap la ye. Tak de niat nak perli sapa-sapa pun. Ni bukan pendapat aku sorang tau. Tapi aku dah tanya 2 3 orang gak and mostly jawab benda yang sama je. So, ni la kesimpulan yang dapat aku buat. Aku pun bukan nye perfect mana. Aku dah nilai dan tilik dah diri aku sebelum aku taip benda-benda ni. Kadang-kadang ada la jugak sikit tak banyak mende kat aku. Hehehe. Ok lah. Perut dah lapar. Sha dengan Dina pun dah tak sabar nak ajak pegi beli makan. Nanti kita membebel lagi ye. See ya.



No comments:

Bebudak comel

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KiraKira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers