Pages

Leave ur 'jejak' here :)

Tuesday, November 16, 2010

LeadTrain

Salam all.. dah berapa hari aku tak update kan. Sebab nye macam biasa la.. Busy. Untuk entry kali ni aku just nak share aktiviti aku dalam 2 3 hari ni yang dikira busy tuh ekk. So, takde la entry panjang berjela yang korang nak kena baca.

Apa kena-mengena title entry ni dengan aktiviti aku ek? Haa.. sebelum tu aku nak explain dulu la LeadTrain tu apa. Bagi bebudak IIUM ni mesti la da tau kan apa benda tuh. LeadTrain tu singkatan bagi Leadership Training. Iaitu aktiviti yang wajib bagi student kat IIUM neh. Sebab nye kitorang kan wajib amek subject Fardu Ain (ataupun kitorang panggil FIM) masa first year. Subject ni boleh kata senang nak score la. Sebab nye 20 markah datang dari program LeadTrain ni. Haa.. korang just datang tayang muka dengar talk for every session dah dapat 20 markah untuk subjek FIM. Another 10 ke 20 markah jugak ntah datang dari Study circle @ Kelas Tilawah @ Fardu Ain yang student-student kene attend yang ditentukan berdasarkan test FPT yang dah dorang amek. Huhu. Macam pening je baca kan..? Markah selebihnya pulak dari kelas FIM lah. So, pendek kata sape yang gagal subjek FIM ni memang rugi la..

Ok, apa yang ada dalam LeadTrain? Sebenar nye aku kene jadi committee for the first time. Wuuhuu. Sebelum ni aku cukup malas nak join program-program gini sebab nye selalu nye program camni meletihkan. Ermm.. pengalaman sepanjang program tu banyak jugak la yang aku dapat. Kaki terasa kejang and mata macam nak tercabut je sebab tak cukup tido. Tapi aku tau la semua committee pon rasa cam tu gak. Or maybe dorang lagi letih kot.

Pasal committee laen pulak. Hurmm.. yang ni aku malas nak comment. Biasa la kan.. perangai orang ni kan lain-lain. Memang susah la nak puaskan hati semua orang. Maybe ada yang tak suka aku kerja ngan dorang kot. Tapi bagi aku kalau tak suka better bagitau je. Aku sikit pun tak kisah kalau tak dapat kerja-kerja tu. Lagi bahagia kot. Tapi apa boleh buat kan. Kepala lain-laian. Kadang-kadang terasa jugak la bila aku dan membe-membe datang, ada dua tiga orang yang aku perhati memang tak puas hati ngan kitorang akan blah dok ngan group lain. But, who cares.

**********

Cakap pasal tak puas hati ni.. aku nak bebel sikit la kan. Aku tak paham la dengan certain people ni kan. Ada masalah ke bila orang Kedah tak cakap loghat Kedah? Ada masalah ke bila budak course Bahasa Arab tak pakai tudung labuh? As long as aku still tutup aurat i think it's ok what? Bukan nye pakaian tu yang melambangkan iman korang. Tak semesti nye la sapa yang pakai tudung labuh tu dah perfect gila. Dah kira suci tahap Malaikat dah. Ntah-ntah ada yang lagi teruk dari orang yang free hair. Betul tak?Sapa setuju garu hidung sekali!

Pasal loghat pulak. Haisshhh.. yang ni aku memang tak paham! Salah besar ke kalo orang Kedah tak cakap Kedah? Dah memang aku tak amal kan pun loghat Kedah tu apa boleh buat. Lagipun takkan la korang tu tuli sangat kan tak leh nak beza sape yang buat-buat tak biasa cakap loghat Kedah dengan orang yang memang sebenar nye tak cakap Kedah. Hadoyaiii... masalah jiwa betul. Sebenar nye aku tak kesah pon dengan hal ni. Tak jadi kudis pun la. Cuma nye kalo boleh mindset orang-orang yang sebegini memang aku dah sental bagi bersih suci balik la. Biar la orang tu nak macam mana pun. As long as dia tak kacau hidup kau.. duduk diam-diam sudahh.. yang nak sakit hati tak pasal-pasal tu buat pe kan..

**********

Ok, selesai sesi luah perasaan. Bukan nye ape.. aku kalo dah pendam-pendam nanti akan jadi dendam. Sori ye kalo ada yang tak suka dengan statement tu. Tu la antara sikap certain orang yang kerja sama-sama aku yang dapat aku judge. But I'm not judging a book just by it's cover. Aku memang dah lama perhatikan minah sorang ni. Time kerja be professional la. Jangan campur aduk. Eh.. dah start bebel balik. Ok, kita sambung cerita ye.. 

Aku kerja jadi Biro Catering. Kira makanan-makanan ni semua kau lah yang uruskan. Hidang untuk VIP, simpan makan committee and staff an bahagi-bahagi kan makanan dekat para peserta. And satu lagi kije aku ialah menghabiskan makanan yang VIP tak usik. Itu aku suka. Bila habis je program tu makanan yang banyak gila lebih tu akulah yang punya. Huhu. tak la.. Kitorang bahagi-bahagi kan la sorang sikit. Tapi yang penting aku dapat epal free yang sangat crunchy giler dengan banyak nye. Excited tau. Hehe.

Aku enjoy jugak la buat kerja-kerja camtu. Teringat zaman muda-muda jadi Fasi dulu. Huhu. But, for next LeadTrain I'm not sure la aku nak join lagi ke tak coz tak best la bila tau ada orang tak suka kerja dengan kita kan. But, who cares? Nanti aku fikir balik pasal tu. Sepanjang program tu tak banyak sangat la gambar yang aku dapat amek. So, aku dah copy la sikit dari sorang PC yang terlibat yang sebilik ngan aku nih. Korang jangan pelik pulak sebab takde gambar budak laki dalam ni. Aku memang tak suka simpan gambar budak-budak laki ni no matter whoever he is. Kecuali my own family and him la kan.. Coz nanti jadi masalh pulak kan. So, kita stop cakap-cakap, kita tengok-tengok pulak ok. Check this out.

Half of the girls committee

Para peserta yang nampak macam buat-buat khusyuk. Huhu. Tapi mungkin betul jugak..
Night session kalau tak silap..
Letih giler kene bangun qiam pukul 3 lebih. Then tunggu makanan sampai n rahsia nye ni sume muka tak mandi..
Walaupun letih tapi dorang tetap nampak happy

2nd day morning session
This girl buat-buat rajin la pulok.. Huhu
Tunggu student-student keluar and excited nak bagi makanan yang sangat sedap tu..
Jualan buku daripada sape ntah.. tapi ada sorang tu finalis Imam Muda..
Ni pun anatara buku-buku yang diorang bawak..



Ok, hari dah lewat. esok aku ada kelas ganti pukul 10 pagi sampai 11. Then petang kelas macam biasa dari pukul 2-5 petang. Malam pulak aku dalam bas nak balik Kedah. So, memang takkan ada update la sampai next week. Apa-apa pun aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha Maaf Zahir Batin. See ya. Good Night!!









No comments:

Bebudak comel

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KiraKira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers