Pages

Leave ur 'jejak' here :)

Monday, July 4, 2011

Demam facebook

Assalamualaikum w.b.t

hye peeps.. hari ni ema nak kotorkan blog ni dgn kutuk org sket. sket je tak banyak. kalo tak mau bace pi main jauh jauh k.

sepanjang ema jage cc ni la kan, dah banyak ragam manusia yg ema jumpe tau. dari perangai budak kecik sampai la budak besaq. eh?? tapi kesimpulan yg ema boleh buat, semua peringkat umo dok gila dgn natang facebook nih sekarang ni. biasanye orang orang yg baru nak kenal dunia internet la kan yg camtu. haa.. ade sape sape yg rasa dia addicted to facebook tak? angkat tangan!!! ni mesti  baru kenal internet kan? kan? kan?

lek luu.. simpan dulu maki hamun yg cuba korang lontarkan. hehe. cc yg ema jage ni menawarkan macam macam servis gak la. tak payah la nak bagi contoh kan. nanti dah macam nak peromot tempat kije la pulak. ema nak cite sket la kisah customer yg dok gila ngan facebook ni yg kadang kadang buat orang sakit kepala je.

#Kisah 1:

Ade sorang makcik, dia cikgu. satu hari dia datang anto laptop dia yg ade masalah. prob pertama yg di detect ialah wireless tak detect. memang la tak detect makcik hoi. sebab driver takde. and ada la dua tiga masalh lagi. sebelum ni dia format lappy tuh kat kedai lain. then ada masalh datang merengek kat kitorang pulak.

disebabkan technician pergi bersiar siar cari barang kat alor setar time tu, tak dapek la nak fixed laptop tu dalam sekelip mata. sebab time tu ema mane pandai repair lagi. so, makcik tu pun gelabah.

"Boleh siapkan petang ni tak? Malam ni makcik nak guna la.. boleh dak bagi siap petang ni jugak? boleh ek.. boleh ek??" ok, hyperbola.

dalam hati kitorang kitorang yg suci murni yg ada kat situ pun berbisik, "Sian makcik ni, mesti nak wat soklan peksa ni. sekarang kan dah dekat musim exam".

then kitorang pun cuba la buat buat pandai godek laptop tersebut. yg si makcik tadi dok la menyuarakan kekesalan dia malam ni nak guna laptop malam ni nak guna laptop. pastu dia cakap:

"Boleh dak bagi siap hari ni jugak lepas tu antaq kat umah makcik. umah makcik kat taman belakang ni jaa.. boleh ek? malam ni makcik nak guna. nak bukak facebook". ayat yg di'underline' tu diucap dgn penuh kesyahduan dan slow je..

Gambar takde kene mengena dgn watak watak dalam cerita ini. ihsan pok cik gugel..

kitorang dengar je ayat tu, masing masing ((&%#@%$^%$$@@!&^**&*&%$$#$@ dalam hati. wakakakak. macam ni punya olang pon ade ke?


#Kisah 2:

ade sorang makcik datang, nak tanye pasal kursus komputer. masa tu ema tersangat lah sibuk sebab ramai customer. then, dah reda and ready ema pon ngadap la beliau. dia pon tanye la kursus ni macam mane. dengan semangat waja dan kental nye lah ema cite kat dia sampai tersembur sembur air liur kat muka dia. bila dah habis cakap je tanye la kat dia, "Amacam? Ada setuju dgn syarat syarat berikut?"

then beliau jawab: "Terima kasih la sbb terang kat makcik panjang lebar gini. sebenar nye makcik nak suruh ajaq anak makcik buat facebook camtu je. tu yg tanye ade tak kursus utk belajaq facebook kat sini?"


then ema terus pengsan seploh minit, lepas bangun tenung muka beliaw seploh minit pastu pengsan lagi seploh minit. then dgn muka suci murni ema cakap kat beliaw, 

"Toksah buang duit la makcik oi nak soh anak belajaq benda gitu. benda gitu bukan nye org belajaq dgn amek kursus. makcik pi la cari kat pusat kompite lain ek. saya tak reti nak ajaq benda camtu".

then pengsan lagi......


#kisah 3:

dalam musim orang isi borang itu ini ni memang la cc penuh kan. then macam macam ragam la yg ade. ade sesetengah borang kan kene pakai internet explorer je baru boleh bukak, ade jugak kene guna mozilla je kan? tapi malang nye internet explorer kat sini mendatang kan masalah. kalau guna je mesti kompite stuck.

pastu ade satu hari tu, ema tengah ngajo. then ade budak ni cam marah marah datang kat ema. "Kak, mai tgk pc ni sat jadi pa tatau". ema pon teruskan ngaja lima menit pastu p kat dia. 

" Ha pasaipa? jadi lagu mana?" then dia tunjuk la kat monitor ada arahan soh close mozilla firefox. tak boleg guna sebab ape ntah. maybe pc tu banyak sangat browser kot. lepas tu ema pegi kat dia and tekan close. then bukak kan google chrome utk dia.

pastu budak tu macam bengang. then dia cakap, "Awat kak tak buka Mozarela tadi? sy nak guna hat tu!"

Ni dia natang mozarela kalau korang tak kenal lagi. ihsan pok cik gugel lagi..

mozarela? dalam hati memang nak ketawa sampai terkincit la. "Awat? nak isi borang apa? memang kena guna MOZILLA ke?" sambil perktaan mozilla tu ditekan sehabis daya. then si budak tadi jawab. "Dok eh. nak buat FB". lagi sekali hati suci ema $!#^%&%&()#!@%$.


kelakar kan bila tengok telatah orang. macam macam hal. kadang kadang rasa macam kesian jugak kat mereka mereka ni. bila datang je satu satu benda baru @ kemodenan tu terus terima bulat bulat tak mau kaji side effect dia. mcm yg kita tau, facebook ni banyak jadah nye dari pekdah nye. betul tak?

lagi sedih bila tengok budak budak sekolah yg pempuan ni la. dekat luar ni kemain la pakai tudung kemain elok t-shirt tangan panjang memang ayu habis la. sekali mintak tolong masuk kan gambo kat fb yg pakai tube dok atas katil tangkap dari atas kasi nampak lurah tetek pastu buat muka bajet cun. serius nyampah ngan spesis macam tu. that's why la bila customer tanye pasal fb ema wat tak tau je. nanti tak pasal pasal dapat dosa kering sebab tolong dorang dedahkan aurat dalam fb pastu kutuk dorang kat sini lak kan.

tapi, ape ape pun, nobody's perfect. and so am i. so same same la kite tegur menegur. eh boleh tak macam tu? bukan budak budak sekarang makin tegur makin menjadi ke? huhuhu. tepuk dada tanya iman.

p/s: budak kecik umo 5 tahun pun pandai tegur kwn dia yg muda dr dia yg pegi main petang petang pakai skirt ckp tu aurat. kita yg besar ni? sekadar tengok and tangan di dada mata ke atas je la..





3 comments:

CiK PurpLePinkyPuff said...

^______^ CP dtg balas kunjungan~~ tolong cp jap..klik >>>Bah, tolong dulu komen Entri ni Bah..:)

Rai said...

ko jgn la gelakkan diorang..(sambil aku duk gelak guling bawah meja opis ni..)hahaha..

mozarella..syahduuu..

Emma said...

cikpurple; jp ek.. nga karang ayat.. hehhe..

rai; jgn gitu.. dose gelakkan org.. hik hik hik..

Bebudak comel

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KiraKira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers