Pages

Leave ur 'jejak' here :)

Tuesday, April 5, 2011

Pelik-pelik la dorang nih..

Selamat pagi semua.. Assalamualaikum.. Dua tiga hari ni keje melambak tak settle lagi. Then kene settle hal itu-ini pulak. Agak tensi di situ ye..

Tengok tajuk entry tu mcm nak berapi je kan? Sebenar nye tak berapi lagi la. Apa yg pelik and sapa yg pelik? Ok, maksud aku kat sini perangai orang zaman sekarang la. Aku bukan la nak cakap aku ni bagus sangat. Tapi memang pelik la orang-orang zaman sekarang ni. Tapi tak semua la kan.. kan.. kan..? 

Sekarang ni memang susah ek nak apply keje? Memang keje kosong da takde ek kat mane-mane company skrg nih? Nape orang sekarang especially remaja sekarang suka ambil jalan mudah ek? Tak de keje curik moto orang lepas tu potong and jual. Tapi mudah ke keje tu? Pelik betul.

Mesti korang pelik kan nape pagi-pagi ni aku dok bebel-bebel. Sebab nye malam tadi moto jiran aku kene kebas. Depan umah pulak tu. Makanya kelam-kabut la aku, Puan Umi and Alang angkat moto FZ Tuan Abah yg besar gedabak and berat nye 50 kali ganda berat aku tu bawak masuk umah. Sebab nye umah kitorang memang akan sunyi sampai la pukul 4 nanti. Dah la umah tersorok ke belakang siket. Memang senang la orang nak curi itu-ini kat umah kitorang kan. Setakat ni umah kitorang tu dah 3 kali kot kene pecah masuk. Tak tau dah berapa ribu kitorang derma kat makhluk-makhluk yg lahanat tuh.

Aku rasa dunia sekarang ni dah tak aman kan? Nak kuar rumah seminit dua pun takut. Walaupun pintu and grill sume dikunci dorang bengkok kan nako tingkap kat dapur. Dah tu ada pulak deria bau duit. Tau je kat mane orang sembunyi. Dua tiga bulan lepas ada sorang makhluk ni dah kene cekup. Dia tu orang kampung situ jugak la. Bila dah kene soal siasat polis dia pon cite la umah sape yg dia penah masuk. Then dia cakap kat umah kitorang dia ada amek duit dalam bundut kain (baju-baju yg diikat dalam satu kain) kat bwh katil dlm bilik Tuan Abah and Puan Umi. Pelik tak? Dalam bundut kain pon dorang boleh kesan. Padahal parent aku pon dah lupa dorang ada sembunyi duit kat situ. Huhu.

Kadang-kadang aku kesian dgn makhluk-makhluk ni. Susah sangat kot nak sara hidup sampai terpaksa susah payah pecah masuk umah orang. And yg paling mengecewakan, dorang yg selalu pecah masuk umah orang kat kampung aku nih kebanyakannya anak-anak ustaz belaka. Betul la kata-kata "Iman tak dapat diwarisi" tu kan?

4 comments:

Izyan Masri said...

KESIAN JIRAN.KIRIM SALAM SAMA DIA XD

Emma said...

izyan masri; jiran je ke? moto i pon ilang gk 3 minggu lepas. dpn pej.. :(

anitadiana said...

salam singgah,,nice blog...kalu follow kak ita...nanti ita follow balik..TQ

Emma said...

anitadiana; wah.. k.ita ugut ke ni? hehe.. gurau je.. ok,.. i'll folo u.. thanks dtg sini..

Bebudak comel

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KiraKira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers