Pages

Leave ur 'jejak' here :)

Saturday, April 2, 2011

Cara Atasi Marah

Assalamualaikum semua. Hopefully mood semua org hari ni tengah ok la ek. Hari kan cuti. Aku je kene keje. Huhu. Hari ni aku nak cite pasal marah. Nasihat and tips-tips ni untuk diri aku jugak sebenarnye. Tapi moh la kita share sama-sama ok.

Macam yang kita semua maklum, marah ni bukan la satu sikap yg bagus utk diamalkan. Marah jugak tak digalakkan dlm Islam dan perlu dikawal sebab bila kita selalu marah-marah org mesti akan anggap yg kita ni tak elok peribadi. Pastu marah jugak akan merencatkan dan menjadikan keseimbangan akal mekeme-mekeme ni semua terencat. Dan last sekali bila ramai yg suka marah-marah keharmonian masyarakat akan turut terganggu. Ye dak? (Ayat tiru dr buku ASUH bersama tokok tambah :p)

So kat sini aku nak kongsi sikit la ilmu yg aku dapat time belek-belek buku ASUH (keluaran Mac 2011) milik adik aku semalam. Dalam tu penulis, Mohd. Syafiq ada kongsi sikit la cemane cara utk mengatasi marah seperti yg diajarkan oleh Islam.


1. Mengubah posisi.

Macam yg Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak hendaklah ia berbaring”. (Riwayat Muslim)

Yg ni aku selalu amalkan. Aku ni dulu merupakan seorang yg amatlah Hot Temper. Sampai orang tengok muka aku yg comel ni pun mesti rasa seremm. Bila dah makin dewasa ni (cewahh.. da dewasa kau ye..) aku pun belajar la kawal kemarahan ni. Salah satu yg aku amalkan macam Hadis kat atas tu la.

2. Berwudhuk

Ha.. yg ni pun satu amalan yg baik. Biasanye korang amek wudhuk time nak solat je kan? Kalau kita selidik and kaji betul-betul kebaikan wudhuk ni (dah ade org buat dah kan?), kompom banyak lah yg akan kita jumpa. Antaranye utk menghilangkan marah yg terbuku dlm dada ni lah.

Sabda Nabi s.a.w: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadankan dengan air. Oleh itu, apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah dia berwudhuk”.

Haa.. cemane? Nice kan hadis kat atas tu? Kalau rasa malas sangat nak wudhuk, time tgh marah tu pegi la basuh muka. Tak pun benam kepala korang tu dalam kolah sampai agak-agak dah cungap sikit baru angkat. At least kemarahan tu akan kurang jugak sikit. Lagipun orang yg sentiasa dalam keadaan berwudhuk ni, para malaikat akan mendoakan dia. So, rugi tak kalau amik wudhuk?

3. Berlindung kepada Allah s.w.t

Selain tu, ada jugak doa utk tahan marah. Lepas ni pakat-pakat  hapal ek. Peringatan ni utk diri aku sekali. Tak rugi pun kalau kita selalu mintak doa kat Allah kan? Ok doa nye:

“A’uzubillahi minasy syaitaanirrajim. Allahummaghfirli dzanbi, wa azhab ghaizho qalbi, wa ajirni minasy syaitaanirrajim”. (tak boleh nak taip in arabic coz tak install lagi Arabic.. haiyaa..)

Maksud nye: “Aku berlindung diri dengan Allah daripada syaitan yg terkutuk; Ya Allah ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku daripada syaitan yg terkutuk”.

4. Berfikiran positif.

Haa.. yg ni penting. Apa-apa yg berlaku dalam hidup kita kalau kita fikir and amek yg positif Insyaallah kita takkan rasa terbeban. Contohnya: 

Lecturer tak fair dalam bagi markah. Fikir positif. "Takpe.. maybe jap lagi lect akan cek balik.. sekarang ni markah konon-konon je tu.." 

Haa.. camtu. Aku selalu ingat satu dialog dalam cite Adnan Sempit The Series nih. Tak pasti la episode ke bape. Abang Macha cakap:

“Kita mesti pikir positif. Bila kita pikir positif baru la benda-benda positif akan melekat dalam diri kita”. Macam tu la lebih kurang bunyi nye ek.

5. Maafkan orang lain.

Maaf-memaafkan ni bukan time raya je tau. Tapi setiap kali kita buat salah mesti mintak maaf time tu jugak. Ni satu sifat yg aku start praktis bila dah masuk UIA. Aku cuma ada pengalaman tinggal di asrama setahun je. So, bila habis waktu persekolahan je  takde la bergaul dgn kawan-kawan lagi. Sebab tu kot manners aku kurang dulu. Huhu.

Tapi sejak masuk asrama and masuk UIA, org keliling aku macam dah terbiasa je dgn perkataan maaf nih. Aku pun secara tak sengaja terikut la dgn sikap nih. Kalau tercuit sikit je pun, bukannye terpijak ke ape ke mesti dorang dah cakap:

“Sory.. sory.. sory.. Aku tak sengaja. Mintak maaf ek.”

Bila kita saling maaf-memaafi ni, mesti hati kita rasa tenang je kan. Takde rasa serba salah. Takde rasa dendam dgn orang lain. Kan.. kan? Seeloknye sebelum tido kita muhasabah dulu diri kita then maafkan kesalahan orang ke atas kita sepanjang hari tu.

6. Meluahkan perasaan.

Yang ni memang penting untuk melegakan stress yg ada dlm diri kita. Tambah-tambah lagi sekarang nih macam-macam medium ada untuk kita ceritakan perasaan kita kan? Contohnye blog ni la. Tapi nasihat aku la.. jgn luahkan perasaan time korang betul-betul marah. Sebab tu bila baca entry yg ditaip time kepala berapi mesti ada carut-carut kan? Aku pun tak terkecuali la jugak. Tapi bila terlintas je kat dalam otak: 

“Aku tgh marah ni. Nak cite kat dunia kes ni.”

Sabar dulu. Jangan terus taip entry tu ok. Sebab nye tak manis la kalau kita maki hamun bagi org baca kan? Lengah-lengah kan dulu.. then bila kita dah sejuk sket, api kat atas kepala pun dah hilang tinggal asap je, mesti kurang sket carutan dalam entry tu kan? Cuba la buat kalau tak caye.

Selain blog, kita boleh luah kat kawan-kawan, buku diary, kakak kita, adik yg dah boleh paham apa yg kita nak cakap and yg paling aku suggest mengadu atau luah la perasaan kat mak, umi, mama, ibu kita. Sebab nasihat dari mereka-mereka ni sangat-sangat lah berguna dalam hidup ok.

Ok. Sampai sini dulu la perkongsian aku k. Aku memang suka kalau dpt bebel panjang-panjang nih. Huhu. Maaf la kalau korang rasa boring baca utajah ni bersyarah k.

No comments:

Bebudak comel

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KiraKira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers