Pages

Leave ur 'jejak' here :)

Sunday, March 27, 2011

Kakak dan adik

Tersebutlah kisah seorang Along yg bekerja di syarikat abah nye. Bila dah kerja di syarikat sendiri mesti la boleh buat kepala sendiri kan. Suatu hari si Along bawak adik nye yg bongsu ikut pegi kerja. Kebetulan hari tu ramai sangat customer yg datang berurusan dgn si Along dan jugak bos nye, Tuan Abah. Melihatkan keadaan tu si adik ni tetiba jadi baik. Dia yg terkenal dgn perangai setan nye nih hari tu tetiba jadi baik. Tak nak ganggu Tuan Abah nye dan Along nye bekerja mungkin. Dia duduk je kat tepi and tengok je senior dia dua orang nih buat kerja. Berkerut-kerut muka dia tengok ramai orang dtg nak jumpa dgn Tuan Abah nye.

Bila tiba time rehat, Tuan Abah nye dan Along nye pun dah boleh berehat. So, si adik ni pon tanye la pada  Along nye:

Adik: Along, sape yg ramai-ramai datang jumpa Tuan Abah tu?

Along: Oh.. tu la customer Tuan Abah.

Adik: Wo..customer.. so nye org yg datang jumpa kita, kita panggil customer la?

Along: Erm.. lebih kurang la..

So, mereka bertiga pun pegi la makan. Kebiasaan di kedai-kedai makan kan ada kucing. Tak terkecuali la kat kedai makan yg dorang bertiga pegi ni. Ada la dua ekor kucing dok melahap ape-ape yg jatuh kat bawah kerusi dorang ni. Si Adik ni pulak masih lagi berpikir-pikir gamak nye.. dia yg terkenal kuat makan sampai perut buncit and tegang macam belon nak meletup tu tetiba hari ni jadi baik. Senyap je tak mintak itu-ini sambil menyuap perlahan-lahan.

Tiba-tiba ada sekor kucing melompat naik atas meja yg dorang makan nih. Then kucing tu kutip sisa-sisa makanan kat keliling pinggan si Adik. Si Adik diam je. Tak marah pun. Macam best pulak kucing tu dtg makan ngan dia. Billa kucing tu hampir-hampir nak makan makanan yg ada dalam pinggan dia, Tuan Abah yg merasa pelik pun bersuara:

Tuan Abah: Adik.. halau la kucing tu. Dah nak masuk pinggan dah tu.

Adik: Biar la abah. Mana boleh halau..

Tuan Abah: Kenapa pulak? Nanti dia makan makanan adik tu.

Adik: Ni customer adik la.. mana boleh halau..

Abah + Along: ??????????? (Sambil berpandangan)

No comments:

Bebudak comel

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KiraKira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers