Pages

Leave ur 'jejak' here :)

Saturday, March 26, 2011

Resepi donut utk Nur...

Assalamualaikum J Hari ni punya la semangat aku nak pegi keje last-last kehujanan. Nasib baik la Incik Lappy dah di’cover’ dgn beg kalis air. Tapi bahagian bwh beliaw basah jugak. Nasib la tak teruk. Lepas keringkan sikit tadi dah boleh on balik. Ni semua adik aku punya pasal la. Asek-asek nak tgk Sinbad versi arab tuh. (scapegoating nih..)

Bila dah settle semua benda. Tukar baju salin baju apa yg patut, aku pon mula la belek dashboard. Tengok ada komen dari NurHafiz mintak resepi donut. Padahal aku yg offer ari tu. Tapi tak buat-buat lagi. So, utk tak menghampakan beliaw entry ni aku tulis khas utk beliaw lah. Setakat ni kitorang buat donut pakai resepi ni tak penah tak jadi lagi la. huhu. Insyaallah.

Ha.. sebelum aku terlupa. Resepi ni diturunkan oleh Puan Umi. Puan umi ni jenis masak tak reti ikut resepi. Maen campak je. Janji cukup rasa ada rupa sudah la. So, sukatan ke apa ke yg ada ni aku memang bantai je la ek. Kalo korang buat especially NurHafiz buat tak jadi jugak map la ye.

Bahan-bahan nye:

1 bungkus tepung (1Kilo)
1 bungkus yis (biasanya kitorang pakai Yis Mauripan)
1 sudu besar susu tepung (Optional)
1 cawan air gula (3 sudu besar gula)
3 sudu besar susu pekat (Optional)
3 sudu besar majerin
Air

Cara-cara nye:

1.       Bancuh sebungkus yis tadi dgn secawan air suam dan biarkan dia naik kejap.
2.       Masukkan tepung dalam bekas yg korang agak-agak senang nak uli doh tu nanti. Tepung tu jgn la tuang semua. In case terlebih air nanti.
3.       Masukkan majerin, susu tepung, susu pekat dan air gula ke dlm tepung.
4.       Jenguk blk yis yg korg biarkan kejap tadi. Kalau dah sebati and naik elok boleh masuk kan dlm tepung.
5.       Tambahkan yis dlm adunan. Lepas tu, boleh la uli semua bahan-bahan tadi. Tambah air sikit demi sikit sampai rasa doh tu dh lembut elok. Pakai tangan tau.
6.       Uli adunan tadi sampai dah takde tepung yg melekat kat celah-celah jari lagi. Kalau lembik sangat tambah tepung yg korang simpan sikit tadi ok.
7.       Bulat-bulatkan doh ikut saiz donut yg korang nak. Jgn besar sgt sbb nnt doh tu akn naik @ kembang. Then letak kat atas talam. Susun bagi ada ruang utk dorg bernafas dgn selesa ok.
8.       Kalau doh tu dah naik boleh la panaskan minyak.
9.       Ha.. bila minyak dah panas, ambil seketul dari doh tadi pastu bulatkan tengah dia then masukkan dalam kuali. Kalau ada acuan dia boleh guna acuan. Tapi aku n adik-adik suka pakai tangan je.
10.   Ulang step 9 sampai muat kuali la. Goreng sampai warna nye kuning keemasan gitu tau.
11.   Angkat dan toskan minyak. Then boleh salutkan dgn gula aising. Kalau nak lebih menarik tuangkan coklat kat atas nye then taburkan manik urai.

Kalau tak nak manis sangat donut tu boleh kurangkan gula yg dibuat air gula tu ok. Puan Umi cakap kalau tak suka susu tepung tak payah bubuh. Tapi kalau letak yg tu donut tu akan lebih lembut la. Tapi aku and adik no. 3 tak minum susu. So, kitorang buat memang tak penah letak. Aku mintak maaf banyak-banyak kalau korang tak paham apa yg aku tulis nih. Aku memang tak reti nak susun step-step nye.

Ni donut yg adik aku buat hari nurhafiz ckp dia wt donut xjd tu la.. huhu..


Kalau nak betul-betul jadi sebelum buat baca Bismillah dulu lepas tu niat dalam hati buat ni ikhlas kerana Allah untuk bagi family makan ok. Selamat mencuba.

3 comments:

nur said...

so sweet of you dear.. thanks.. akan dicoba Insya Allah.. tak sabar pulak rasanya..
thanks sooo Much!!

JOM KE: ALL IN ONE

nur said...

Dear.. thanks ye..

http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/03/lagi-resepi-donut-khas-dari-emma.html

Emma said...

welcome.. :)

Bebudak comel

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KiraKira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers