Pages

Leave ur 'jejak' here :)

Saturday, March 19, 2011

Mentality bebudak skrg..

Assalamualaikum semua.. Hari ni aku agak lapang macam ari Khamis tuh. So, boleh la update belog lagi. Macam mana tahap kesihatan korang hari ni? Chewaahh soalan. Hopefully sume segar bugar la ye.. (Intro merepek..)

Semalam kan hari Jumaat. So, aku cuti. Bila dah duduk umah mula la nak semakkan dapur. Tapi tak weh.. Bila aku yang masuk dapur confirm takkan semak la. Huhu. (ter’riak’ pulak..). Menu aku masak semalam ialah Tom Yam Putih sama Ayam Masak Kicap sama Sambal Belacan Goreng sama Ulam Jantung Pisang sama Puding Jagung. Sedap mehh.. bertambah-tambah kitorang makan. Hehe. Nanti aku share resepi yang Puan Umi dah turunkan kat aku k.

Aku ni pagi-pagi suka selak Harian Metro (selak ke? Aku baca online la..) walaupun orang cakap Hmetro nih takde ape information sangat pun. Berita ngarut je banyak. Sory ye. Saya bukan mencela. Tapi tu pandangan sesetengah orang yang aku penah dengar. Aku tengok la kan.. semenjak dua-menjak ni banyak sangat berita pasal perempuan dan sex. Perempuan tawar sex kat penoreh getah la, jadi pedamping meja judi la, tawar sex senyap-senyap kat pusat game la and macam-macam lagi la. Kadang-kadang rasa malu pulak dengan kaum sendiri. Ye la.. dah takde keje lain sangat ke yang boleh dibuat selain jual body, tayang body?

Kat luar Negara lagi la parah. Cuba korang baca artikel yang aku dah kopipes dari hmetro nih.

LONDON: Sebilangan kanak-kanak - sesetengahnya semuda 11 tahun - mengambil imej pornografi diri sendiri dan menukarnya dengan rakan mereka melalui telefon bimbit atau Internet, lapor pakar, semalam.
Satu kajian mendedahkan 40 peratus kanak-kanak berusia 11 - 14 tahun menggunakan telefon bimbit atau komputer untuk menghantar gambar diri sendiri atau menerima imej bogel dan separuh bogel rakan mereka.


Lebih daripada separuh golongan muda yang menghantar imej ini - trend yang dikenali sebagai ‘sexting’ - berbuat demikian walaupun tahu gambar berkenaan akan diedarkan kepada sebilangan penerima lain.
Empat dalam 10 daripada 11,000 kanak-kanak yang dikaji selidik merasakan wajar untuk mengedarkan gambar separuh bogel pelajar perempuan di sekolah mereka.


Pakar berkata, penemuan itu menunjukkan perubahan ketara pandangan kanak-kanak terhadap pornografi Internet - untuk menghasilkannya sendiri. Trend yang mengejutkan itu ekoran daripada saluran maklumat mengenai pornografi Internet dan seterusnya mendorong pelajar lelaki mengharapkan teman wanita mereka mudah melakukan hubungan dan menayangkan tubuh mereka. - TS

Haa.. amacam? Nape ek boleh jadi macam ni? Zaman makin maju tapi pemikiran manusia makin mundur. Sampai ada yang pandang jelik kalau sorang perempuan yang dah 18 tahun mengaku still ada dara. Konon-konon nye kalo dah 18 tapi still ada dara tu kolot la. Haishh.. macam tu pun boleh ek? Aku bukan cakap aci sedap mulut je tau. Tapi reality ni berlaku dalam life aku gak la. Nak salah kan ibu mengandung ke? Renung-renungkan dan selamat beramal..

P/s: Entry ni ditaip awal pagi tadi lagi. Tapi terbantut sebab ada pompuan-tak-puas-ati-tapi-tak-reti-nak-settle-elokelok-and-suka-serbu-orang-guna-anak-dah-kebulur-sangat-pelempang-and-penerajang-aku.. Memang carik pasal je pompuan tuh. Tunggu la tahap kesabaran aku habih nanti. Tau la nasib ko.. Memang pagi-pagi dah kasi wa hangen satu badan kan. Menggeletar aku tahan marah tadi. nasib la SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN!!!!

2 comments:

Shasha Ryzal said...

dunia akhir zaman....takut pulak nak kahwin + ada anak..

Emma said...

huhuhu..klo bagi ajaran agama yg ckp + hubungan baik parent n ank i'allah xjadi mcm tuh..

Bebudak comel

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KiraKira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers