Pages

Leave ur 'jejak' here :)

Tuesday, December 21, 2010

Perempuan dan bau badan

Assalamualaikum semua.. hari ni aku and geng-geng kelas termasuk 2 3 orang yg bukan budak kelas aku g picnik kat dataran Nilai. Huhu. Bukan nye picnik ape pon. Just makan same-same ramai-ramai je. Best jugak la kan. Cuma nye tak sempat nak amek-amek gambar sebab hari dah lewat. Antara yg turut ada tadi cikdilamata4 

Balik je dari situ mesti la aku terus masuk dorm kan. Tetiba ada bau yg kurang enak la. Macam nak muntah hijau pun ada jugak. Bau kepam macam baju basah yg diperap selama seminggu baju jemur. Bau nye Tuhan je la yg tau. So, kecoh la bilik aku pasal mende tu hari ni. Disebabkan tu la aku nak entry pasal bau badan hari ni.

Sangat annoying ok bila duduk ramai-ramai dalam satu dorm tetiba ada sorang makhluk wat dajal gitu kan? Abeh la baju-baju yg sidai kat ampaian tekena zarah-zarah busuk tu sket. Nasib baju aku selamat. Sebagai perempuan kene la jage semua tu kan. So, meh kita tengok apa sebab-musabab yg boleh menimbulkan bau badan yg dah macam tapai basi neh.

- Bau badan ni disebabkan oleh peluh yg dihasilkan oleh kelenjar accrine dan apocrin. Kelenjar ekrin ni ada kat hampir seluruh permukaan kulit kita. Fungsi kelenjar nih ialah utk mengeluarkan sisa metabolisma tubuh dan jugak utk mengatur suhu badan. Keringat yg dihasilkan oleh kelenjar apokrin pulak mengandungi lemak dan protein yg bila diuraikan oleh bakteria akn muncul la bau yg cam tapai basi tuh.

Antara sebab lain yg boleh mempengaruhi bau badan ni jugak ialah makanan kita. Kalau boleh elakkan la makan makanan yg berminyak dan bawang. Kalau pasal bawang tu memang terbukti sangat-sangat. Sebab nye adik yg 2nd tuh, dia selagi mampu akan aviod utk makan bawang. Kecuali la kalau yg dah blend campur dlm makanan tuh. Memang tak boleh buat ape la kan.

Kalau korang tak jage pemakanan, pakai la deodoran ke minyak wangi satu tong pun, tapi bila bau badan tu dah keluar makin tengik la bau nye. Boleh menyebabkan orang sekeliling pengsan dan terpaksa buat camnih sepanjang dok dalam dorm.


Dan terpaksa pulak buat camni tiap kali nak lalu sebelah atau pun duduk dengan korang.


Gambar ihsan mak cik google


Antara  tips-tips utk hilangkan bau badan yg aku dapat dari sini ialah:

1) Potong pendek batang pokok kantan segar dan tumbuh hingga lumat. Rebus kantan yang ditumbuk itu hingga mendidih kemudian angkat dan biarkan sejuk. Jadikan air rebusan itu sebagai mandian. Gunakan air biasa untuk bilasan yang terakhir.

2) Kupas sebiji timun muda dan dibasuh bersih. Gosokkan di bahagian badan yang mudah berpeluh. Lakukannya sebaik sahaja selepas mandi dan sekerap mungkin.

3) Goreng segenggam beras tanpa minyak sehingga hangus. Ramas hingga hancur dan bancuh bersama air asam jawa. Gosokkan di bahagian yang mudah berpeluh. Biarkan selama 10 minit sebelum mandi. Lakukan sekerap mungkin.

4) Minum air rebusan daun sirih atau daun nenas muda yang telah dicampurkan dengan garam. Amalkan sekurang-kurangnya selama seminggu.

5) Lumurkan hampas kelapa ke seluruh badan. Biarkan selama 45 minit sebelum dibilas dengan air bersih.

Ok, tu je yg aku dapat kongsi. Tapi kalau korang jaga betul-betul badan korang tu, time mandi tonyoh abeh-abeh and basuh baju bersih-bersih aku rasa tak de hal la kan.. Ntah la.. Terpulang la kat diri masing-masing. Ok sampai sini dulu kali ni. Aku nak makan burger jap. Hehe.





2 comments:

Nur Liyana said...

take note.. take note.. lalala~
bagus petua nyer.. :))

Emma said...

thanks yana..
:D

Bebudak comel

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KiraKira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers