Pages

Leave ur 'jejak' here :)

Saturday, November 27, 2010

cerita-ceriti-ceritu

Salam semua.. hari ni Ema nak kongsi cerita sikit ye.. tapi korang-korang jangan salah paham pulak dengan cerita ni.. hanya rekaan semata-mata. Tak de kena-mengena dengan yang masih hidup mahu pun yang sudah hidup. Ok, itu je intro nye..

Cerita nya bermula begini…

Sheila (bukan nama sebenar) seorang wanita yg bekerjaya dan sangat sibuk. Dia ni dah kawen dan tak de anak lagi. Nak bina kerjaya dulu katanya. Nanti dah ada anak susah nak komited dengan keje. Sibuk nye si Sheila ni ngalah kan laki dia lagi. Standard la kan, pompuan sekarang dah boleh berdiri sama tinggi dengan lelaki walopun biasanya pompuan tak leh lawan ketinggian lelaki yg macam galah tu (kalau yang spesis tinggi la..). Pada suatu hari, lepas abeh kije je Sheila ni pun balik la ke rumah nye dalam keadaan letih Ya Rabbi.. Tiba-tiba, bila dia sampai je depan pintu umah dia tengok umah tu senyap sunyi je. Biasa nye kalo dia balik suami dia musti sambut dia depan pintu. Macam terbalik kan? Tapi tu la hakikat nye.. Dia pun dengan muka kedut seribu macam cekodok sejuk terus menonong je masuk umah sampai terlupa bukak kasut. Ok, tu auta je..

“Yang..ooo yang.. mana yang ni?? I da balik ni..”

Lebih kurang camtu la dia meraung melaung panggil suami dia. Sampai la dia tiba di muka pintu bilik utama. Bilik dorang la tu. Tapi alangkah terkejut beruk je dia walaupun beruk pun tak terkejut sampai macam tu sekali. Teka nape dia terberuk terkejut beruk camtu???

Betapa kecewa nye hati si Sheila ni sebab dia nampak laki dia dok sedap berasmaradana dengan pompuan lain. Menitik-nitik air mata si Sheila ni macam menitik nye air paip yang korang-tutup-tak-ketat-kat-dalam-bilik-air-tu-dan-mengakibatkan-pembaziran bila tengok kejadian tersebut. Lalu dengan hati yang libang-libu (betul ke perkataan ni) dia berkata,

“Sampai hati abang buat kat Sheila macam ni. Apa salah Sheila abang? Sheila ceraikan abang talak enam.. Benci..benci..benci..” (ayat lazim pompuan la kan..)

Laki dia yang tengah gabra tu terus berpusing 360 darjah dan melompat dari katil tersebut dan berkata,
“Sheila sayang.. u salah faham ni.. ni bukan macam yang u sangka la yang..” (ayat lazim lelaki bila dah kantoi..)

Lalu Sheila menjawab, “Sudahlah.. u jangan nak tipu i. @$%^*?:(*%)$%#$# I nak pergi tak kembali dah.. babai”

Suami beliau berasa gelabah lantas berkata, “Sheila, dengar dulu penjelasan abang.. lepas tu nak pergi tak kembali-kembali dah pun tak pe.. abang boleh kawen ngan dia”

Then Sheila jawab, “Uwaaa.. I hate u abang. Ok, I bagi u 3 minit je.. cepat cakap..”

Lalu si suami pun bercerita la…

“Tadi masa balik kije tengah drive tu abang nampak pompuan ni kat tepi jalan. Pakai baju koyak sana koyak sini. Kasut pun tak de. Kaki dah macam kaki ayam. Badan penuh dengan lumpur. Pahtu dia dok nangis sorang-sorang. Abang pun offer la kat dia ajak tuka baju and bersihkan diri dia kat umah kita ni. Lepas tu dia pun naik kete abang and ikut abang sampai la ke rumah.

Then, lepas dia mandi  abang godek la almari Sheila abang jumpa la underwear Sheila yang Sheila dah tak muat. Pahtu abang bagi dia baju yang abang hadiah kat Sheila masa besday Sheila tahun lepas tapi Sheila tak pakai pun tu. Pastu abang nampak kasut Gucci yang Sheila beli nak pakai masa wedding cousin Sheila tu, tapi lepas tu abang tak nampak dah Sheila pakai benda alah tu. Lepas tu, baju yang dia pakai tu pulak, baju yang Sheila beli dengan harga RM395.90 tapi dok gantung je dalam almari tu dari tahun lepas. Lepas dia dah siap abang bawak dia pegi dapur and bagi kat dia barang-barang yang dah sebulan dalam peti ais tu yang Sheila tak penah masak pun untuk abang.

Lepas tu pompuan tu pun cakap la terimas kat abang. Abang pun hantar la dia sampai kat depan pintu. Tiba-tiba dia tanya kat abang ada lagi tak barang yang isteri abang tak penah guna lagi. Then abang bagi la kat dia.. macam yang Sheila nampak tu..”

Maka terdiam dan terkaku la si Sheila dengan penjelasan suami dia tu. Lalu, dengan muka-blurr-tak-tau-nak-buat-apa Sheila ni pon masuk la dalam kete and drive to nowhere. Maka tamat lah cerita sampai di sini saja.. So, moral nye kat sini. Korang boleh paham sendiri la kot..

**********

Ramai orang selalu lepas pandang benda-benda macam ni. Ramai yang tak sedar bila kita dah tak nak guna sesuatu tu akan ada orang lain yang akan guna untuk kita. Bila dah jadi macam tu kita ada hak lagi ke nak marah ek? Ye la.. kita dah tak  guna pun kan.. Dari membazir baik bagi orang lain.. huhu. Tapi menurut apa yang Ema pernah observe la kan.. ada 3 kategori orang yang tak berapa nak betul ni. Iaitu…

1.       Ada isteri tu tak layan suami dia betul-betul. Pastu bila suami cari pompuan lain mengamuk macam orang histeria. Tak rasa langsung yang diri tu bersalah. Lepas tu tuduh orang itu-ini. Ema penah la jugak alami benda ni. Tapi bukan bermaksud Ema yang jadi orang ketiga. Cumanya salah faham je yang berlaku.. Biasa la pompuan.. Bila hak dia orang usik mula la nak mengamuk tak tentu pasal. Padahal dia yang tak pegang hak dia tu betul-betul. Lagi nak tuduh yang bukan-bukan.. Lempang kang..

2.       Ada suami pulak.. Bila jumpa pompuan yang lagi cun dari bini dia terus lupa bini kat rumah. Lepas tu mula la cucuk sana-sini. Bukak habeh segala rahsia rumah tangga yang sepatut nye disimpan rapi. Cerita habeh bini tak mau layan la apa la. Lepas tu mula la menggatal. Kalau ramai lelaki kat dunia ni perangai macam ni.. memang habeh la anak-anak dara kat luar sana. Tapi bila pompuan baru tu dah tak nak layan.. tup-tup tak sampai dua tahun dengar cite anak dah 3. WTH??

3.       Ada sesetengah laki ni bila dapat bini yang nerd.. yang taat.. soba je ngan perangai ekau.. mula la keluar tanduk. 3 4 orang pasang buat spare part. Tapi biasa nya yang macam ni just nak have fun je. Hilang kan boring.. Tapi yang si pompuan ni pulak.. bila laki tu dah layan dia punya peel mula la cair macam coklat dok atas kuali. Boleh pulak cite aib sendiri. Bodoh ke hape? Tak perlu pun nak buat camtu. Ko ingat jantan tu nak ke kawen ngan ko bila da tau ko dah jadik camtu.. Haish.. tak paham..tak paham.. Last nye bila si lelaki dah dapat kebahagiaan dengan bini balik dia tinggal la kau terkontang-kanting sorang-sorang.. Padan muka. Buwekk…

***********

Ema selalu terfikir satu bende ni. Kebanyakan pompuan la kan.. bila bercinta biasanya dorang nak bf dorang tu setia je.. Tak layan pompuan lain.. Selalu sms.. Selalu call.. macam Ema ngan IS. Tapi dia sendiri yang dok layan laki sana-sini. Pasang spare part sampai 5 6 orang. Pastu bila bf tegur itu-ini yang memang untuk kebaikan dia tak mau ikut. Cakap bf nak kongkong la.. Itu la.. Ini la... Then, mengharap yang bf ni setia tahap jingga kat dia sorang. Patut ke ek camtu? Bak kata apa ntah.. pepatah English kot.. What goes around come around la kan.. ko tak setia lagi nak lebih-lebih pulak. Don’t expect more if you can’t give more la kan..
Sebenar nye Ema cuma nak kongsi cite kat atas tu je. Ema jumpa kat somewhere. Tapi bila dah mula menaip tu macam-macam la nak bebel kan. Huhu.. Tapi Ema teringin jugak nak tau apa pendapat orang lain pasal mende ni. Mana la tau Ema sorang je yang berfikiran camtu kan. Sama-sama la kita renungkan ye..

**********











P/s: Mesti pelik kan bila sorang yang masih student and tak kawen lagi pon bebel mende camni. Mesti korang ingat Ema ni gile-dah-tak-sabar-nak-kawen-kot and bajet-pandai-je-budak-ni kan? Tapi macam ni la jadi nye bila asek kene serang ngan bini orang tak pasal-pasal. Macam la aku ni takde orang bujang yang nak. Aku dah ada BF la.. Huh! Bosan betul…

No comments:

Bebudak comel

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KiraKira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers