Sblm kita mula..
Macam mana dengan hari korang semua? Cuti ni banyak kenduri tak korang kene pegi? Mesti masing-masing da muntah darah makan nasik minyak kan? Sincerely, dah hampir abis cuti sekolah ni satu kenduri je yg ema pegi. Tu pun sbb cousin yg agak rapat la dgn ema suatu ketika dulu yang kawen. Eceh.. Puas rasa nye dapat cuti sampai tiga hari. Huhu.. dasar pekerja yg tersangat rajin..
Bila dah banyak kenduri mesti banyak tema dah yg korang jumpe kan? Mcm my cousin semalam dia buat warna hitam putih. I like.. But, ema rasa masyarakat sekarang dah tak mementingkan keberkatan dalam sesuatu majlis tu. Bukan la ema nak cakap ema bagus sangat, Islamic sangat. But, ema still berpegang dengan hukum tau.
Ce korang bayangkan, kenduri yg sepatut nye boleh dapat kap-ba-ro-kap-alip-ta-nun atau bahasa mudah nye keberkatan dah jadi zero. Sebab nye, tak jage langsung adab-adab dalam majlis tu.That’s why la kot sekarang ni banyak sangat kes penceraian di kalangan orang melayu. Betul tak? Dah tau hukum, tau agama but still nak langgar jugak. Bila majlis tu dah takde keberkatan, keberkatan dalam hidup, dalam perkahwinan tu pun hilang la kan?
Masa ema sekolah kat Kedah dulu ema selalu ikut kuliah agama. Especially kalau pengajian Feqah. And lagi-lagi bab kahwin. Memang berdesup je masuk dewan. Hehe. Menurut apa yg ema dah belajar, menghadiri jemputan perkahwinan tu hukum nye sunat muakkad a.k.a sunat yg sangat-sangat dituntut. Tapi tak semua jenis kenduri la and opkos la bersyarat kan. So sekarang meh kita tengok kenduri yg macam mana yg kita, umat Islam tak perlu hadir:
1. Kalau majlis tu mengasingkan pangkat dan kedudukan. Contoh nye, Dato’ Datin dalam khemah A, Tan Sri Puan Sri dalam khemah B, engkau yg cuma datuk yg ada cucu sila duduk atas tanah je.
2. Kadang-kadang bila dah terlampau seronok nak kawen ada orang sanggup buat kenduri 7 hari 7 malam kan? So, kita cuba disunatkan pegi hari 1st je la. Hari ke-2 and ke-3 tak pegi pon tak jadi kudis la.
3. Majlis yang dihiasi dengan hiburan yg melalaikan. Korang tenung la sendiri hiburan melalaikan tu cemane ok.
4. Dalam majlis kenduri tu takde orang yang bakal disakiti. Contoh nye, takde la aktiviti sindir-menyindir baju kau tak vogue ke hape ke yg boleh membuatkan seseorang tu rasa cam nak terjun dalam kubang kerbau kat belakang rumah kau.
5. Kalau orang yang menjemput pegi kenduri tu seorang yang zalim dan fasik. Huhu. Yang ni ema tak pasti nak hurai cemane. Korang paham-paham sendiri la ye. Tapi ada tertulis dalam kitab Feqah tau. Jangan ingat ema sengaje tambah-tambah sendiri pulak.
Ok, untuk entry kali ni ema nak kongsi yang tu je dulu. Ada bakat jadi ustajah tak ema ni? Serius tau, ema taip entry ni sambil pegang kitab Feqah. Ceewwaaahhh.. terjelas keriakan di situ kan? Ok la korang. sakit kepala la pulak. kita rehat kat sini dulu ok. daaa...
P/S: Pic credit pokcik gugel.. :)
2 comments:
manusia zmn skg uda lupa ngan hukum2 2...smua mo kndri khwin yg vogue g2...hehe...
trah; tau takpe..
tak bagus kan camtu.. :)
Post a Comment