Pages

Leave ur 'jejak' here :)

Saturday, April 23, 2011

METABOLISME.. tingkatkan?? rendahkan??

Selamat petang semua.. dah lunch ke belom? ema belom taw. bosan betul macam ni. bukan diet taw. tapi sebab tunggu org yg janji macam taik and kedai makan kat bawah ni tutup.padahal perut ni dah meronta-ronta minta dipenuhkan nafsu nih. 

cakap pasal makan kan.. ramai kawan-kawan ema jeles ngan ema sebab kuat makan tapi berat maintain 42 kilo.  bertambah?? ada la sekilo dua. berkurang?? oh selalu.. tapi cemane pon setakat ni paling kurang pon 39 - 40 camtu la. ok, nape bdn ema camtu? makan nasi 5x sehari tapi badan tak naik-naik. kalau org yg dengki akan jawab 

"kaw tu bela hantu raya. seme makanan yg kaw makan tu sebenarnye hantu kaw yg makan. bukan masuk lam perut kaw"

demmm... sadis betul bagi jawapan camtu. tak la. saya adalah manusia kudus yg takkan buat benda-benda tak berpekdah camtu. ekceli kadar metabolisma bdn ema tinggi. siyesly, ema mkn kuantiti sikit je.. tapi kerap. dat's why selalu rasa lapo. (oh perutku berdendang sayang..)

dua tiga hari jugak la ema google pasal cemane nak rendahkan kadar metabolisma ni. tapi yg ema byk jumpa cemane nak tingkatkan kadar metabolisma. sebelum ema bagi tips-tips tingkatkan metabolisme bg org yg nak cekeding mcm ema bini poppye the sailorman.. tuutt..tuttt.. tuh, meh kita berkenalan dulu dgn........ Incik Metabolisma!!!!!

Metabolisme adalah proses badan menukarkan kalori daripada makanan kepada tenaga. Keperluan kalori atau tenaga setiap orang berbeza-beza mengikut gaya hidup masing-masing. Contohnya lelaki dewasa yang aktif yang berusia antara 20-39 tahan dengan seberat 55 kilogram memerlukan 2,530 kalori sehari, manakala wanita dewasa sederhana aktif pula memerlukan 2,000 kalori sehari. Jika anda tidak aktif, keperluan tenaga harian adalah jauh lebih rendah.

(sumber dari sini)

ok, dah kenal Incik metabolisma?? Ok, sekarang meh kita tengok pulak cemane nak tingkatkan metabolisme..

MAKAN YANG CUKUP

U'ols yg tak keding mcm i'ols perlu memotong kalori untuk menurunkan berat badan. Tetapi kalau banyak sangat kalori yang hilang pun tak elok untuk metabolisme tubuh. Kalau u'ols mkn lebih sikit dr yg diperlukan tubuh supaya dpt berfungsi dgn baik, metabolisme tubuh pun akan jadi lambat. (Biasanya perempuan memerlukan sekitar 1.200 kalori). Jumlah kalori yg ideal utk tubuh seorang wanita ialah.. (poyo nih..) 150 kcal utk antara pagi dan tengari, dan lebih kurang 430 kcal antara tengari dan petang. Ha.. lepas ni nak mkn kira jumlah kalori dulu ye.. hehe..



SARAPAN LEBIH BANYAK

Macam yg semua tau.. tau kn? sarapan tu amatlah penting dlm kehidupan seharian. sarapan yg tepat pada waktunya dapat meningkatkan metabolisme. kajian menunjukkan perempuan yg melewatkan sarapannya amat berpeluang cerah dan gilang gemilang utk menjadi gemuk (ema selalu brunch tp tak gemok-gemok pon.. sob.. sob..). 


MINUM KOPI ATAU TEH

Kafein dapat merangsang sistem saraf pusat otak. org kat Jepun sane nun dah buat kajian and membuktikan minum kopi setiap hari dapat meningkatkan 5-8% metabolisme. while, segelas teh panas boleh meningkatkan metabolisme sebanyak 12%. Maybe ni penyebabnye metabolisme ema tinggi kot. tiap-tiap pagi puan umi bancuh teh.



PERANGI LEMAK DENGAN SERAT

Para peneliti membuktikan serat dapat meningkatkan pembakaran lemak tubuh sebanyak 30%. dorang cakap perempuan yg banyak makan serat ni berat badan dia akan berkurang dari hari ke hari. so, sape yg nak diet tu make sure korang makan 25gram serat yg banyak terdapat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari ok!


MINUM LEBIH BANYAK

Kajian di Jerman pulak menyatakan minum 6 gelas air kosong setiap hari dapat meningkatkan metabolisme sebanyak 50 kcal per hari. ataupun senang citer 2-3 kg berat badan dalam setahun.



PILIH ORGANIK

Para pengkaji di Canada pulak cakap, orang yg makan makanan organik konon nye boleh jadi kurus. tapi menda still dalam kajian la. tak soheh pon lagi.. tapi dorg cakap racun yg terdapat dlm makanan boleh mempengaruhi proses pembakaran tenaga dlm tubuh. Wallahua'alam.



JANGAN LUPAKAN PROTEIN

Tubuh kita memerlukan protein untuk membentuk otot tubuh yang kuat. so, ambil 85gram daging, 2 sudu makan kekacang ataupun 227gram yogurt rendah lemak dlm setiap menu makanan korang. FYI, protein dpt bakar kalori sebanyak 35% lebih banyak.  




MAKAN MAKANAN KAYA ZAT BESI

Zat besi sangat penting untuk menghantar oksigen guna membakar lemak. Kerang, daging, kacang-kacangan, biji-bijian, dan bayam adalah sumber zat besi yang sangat baik.


LEBIH BANYAK VITAMIN D

Vitamin ini penting untuk menjaga metabolisme, meningkatkan jaringan otot.
Dapatkan 90% dari keperluan vitamin D harian (400 IU) dalam 100 gram ikan salmon. Sumber lain: ikan tuna, udang, tauhu, susu rendah lemak + cereal, dan telur.


HINDARI ALKOHOL

Ketika Anda minum alkohol, maka tubuh akan membakar lemak lebih sedikit dan lambat dari biasanya sebab alkohol digunakan sebagai bahan bakar oleh tubuh daripada lemak. minum 2 gelas martini dapat mengurangi kemampuan tubuh membakar lemak hingga 73%. Dan sebagai umat Islam yg berpegang dgn agamanya, we should really avoid dis one ok.




MINUM SUSU

Ada beberapa bukti menunjukkan bahawa
kekurangan kalsium, yang umumnya terjadi pada banyak perempuan, dapat melambatkan metabolisme. Penelitian menunjukkan bahawa  mengambil kalsium melalui makanan seperti susu bebas atau rendah lemak dan yogurt juga dapat mengurangkan penyerapan lemak dari makanan lainnya.



Ok, fakta yg ema bagi kat atas tu takde kene mengena pon dgn masalah ema kan. So, bila jalan-jalan je lagi jumpa la sikit tips cemane nak stabilkan kadar metabolisme pulak.. tapi sikit je.. meh cekidaut..

1. Jgn senaman banyak sangat ok. (Pss.. org ckp la kan.. org yg ckp.. bukan ema tau.. org yg selalu buat seks mmg badan susut.. betul ke ek. dia senaman lebih time tu kot? bhahah.. gatal...)

2. Tapi tak bagus kan kalau tak senaman langsung. so, korang boleh buat senaman ringan je macam berkebun, jalan-jalan window shopping ke (erk..senaman ke tu??)

3. Amalkan qailullah (tidur sekejap sebelum zohor). Tapi jgn pulak tidur sampai nak masuk asar.

4. Elakkan benda berkafein macam kopi, teh, gula-gula and apa-apa la..


Ok, cukup dulu sampai sini. Nak pi mengamuk sat. Suka hati je biarkan perut ema menangis mintak makanan.



6 comments:

Cik Ezy said...

kwn saye ade sorg kurus giler tp mkn byk..
die xgemok2..
jeles btol..
haha..

Emma said...

cik ezy; same ngan ai la.. hehe.. tok sah jeles2.. sila praktiskan yg kat ats tu ok.. :)

isma said...

patut la aku tak gemokgemok. harihari minum teh dgn kopi.. dah tu hiper active plak. pasni.. xnak la hyper sgt... nak gemok lak.... hahahahahah

Emma said...

isma; ahaha.. tau takpe.. so lpas ni jgn t'kinja2 sgt ok.. hahaha

syaz@rozelt said...

menarik2..sy kategori sederhana rasenye..cepat naek berat bdn n cepat jugak turun..

Emma said...

syaz; ok la tu syaz.. sy ni jenis cepat turun tak naik2.. :)

Bebudak comel

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KiraKira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers