Salam A’laik.. Hari ni kitorang berpeluang utk dengar lagi tazkirah dari ust aku yg dari Iran tu. Macam yg aku dah cite dalam entry ni. Tapi hari ni aku tak nak cite lagi pasal tu. Maybe utk update esok lusa punye.
Sekarang ni aku nak cite sikit pasal melambatkan solat. Bukan nak cakap aku ni sentiasa solat di awal waktu. Tapi seboleh mungkin, kalau takde apa-apa keje yg menghalang, aku akan solat awal la. Tapi Subuh biasa nye 6.30 pagi baru aku berjaya angkat diri aku ni dari katil. Huhu. Yg tu memang tak dapat la..
Kadang-kadang rasa bengkek jugak tengok orang yg dah tau waktu solat dah lama masuk. Tapi still lagi buat itu-ini sebelum tunaikan solat. Kadang tu balik kelas dah kul 1. Pastu pilih makan dah dekat setengah jam. Then makan dulu. Lepas makan boleh pulak bukak laptop jap. Kot la nak solat dulu. Kalau adik aku memang nahas la kene ketuk kepala ngan aku. Tapi, apa boleh buat. Belajar agama dah tinggi. Tapi sendiri mau ingat la… Tak kan all the time nak harap orang tegur baru nak gerak. Sekali ketuk sekali gerak. So, kat sini meh nak cite sket apa yg korang and aku jugak akan dapat bila kita semua melambat-lambat kan solat neh.
*Entry ni aku kopipes dari satu laman web neh. Tapi aku terlupa lak nak copy url nye. Maap la ye. Aku bukan plagiat ye.. Teks ni jugak dah dapat sentuhan aku sikit-sikit ye..
Ok, macam ni. Allah s.w.t. menjelaskan dengan jelas-sejelas-jelas nye dalam surah al-Ankabut ayat 45 bahawa sembahyang tu mencegah kita daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran. Namun, dalam masa yang sama, iblis laknatullah sentiasa berusaha utk sesatkan kita semua. Sebab tu la sometime kita rasa cam liat nak mampos nak bangun p solat kan? Padahal berapa minit je masa nak settle kan kewajipan kita tuh. And sebab tu la sometimes kita tengok ada setengah orang tu solat, tapi perangai lahanat gile. Setan pun kalah. Kalau kita rasa kita tergolong dlm kalangan tu, cepat-cepat la muhasabah diri ye.
Dalam surah al-Maun: 4-5 menjelaskan, "Maka kecelakaanlah bagi mereka yang sembahyang, iaitu orang yang lalai dari sembahyangnya.''
Maksud orang yg lalai dari sembahyangnya tu menurut Saad bi Abi Waqas (salah seorang daripada 10 sahabat Nabi s.a.w yg telah dijanjikan syurga) beliau bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang perkara tu. Then Rasulullah s.a.w jawab, mereka itu ialah orang yg melambat-lambatkan sembahyang dari waktu nye. Mereka ni still menunaikan solat, tapi memandang ringan ibadah tersebut dengan melambatkan nye. Dan balasan bagi golongan ni ialah neraka yg dinamakan ‘Wail’. Menurut pendapat para ulama’ yg dah kaji al-Quran, betapa panas nye neraka Wail ni sampaikan kalau kita campak semua bukit yg ada kat dunia ni, semua bukit-bukit tersebut akan hancur sebab terlalu panas.
Haa… Boleh korang bayangkan? Jelas-jelas Allah dah bagitau orang yg suka melambatkan solat ni memang celaka. Siap dapat neraka khas lagi. Apa lagi? Still tak mau bangun ke pegi qadha Maghrib tadi yg dah terlepas?
Dalam sebuah Hadis yg telah diriwayatkan oleh al-Baihaqi, beliau berkata Saidina Umar Al-Khattab pernah memberitahu, ada seorang lelaki dtg bertemu Rasulullah s.a.w dan bertanya: “Ya Rasulullah, apakah amalan yg paling dikasihi oleh Allah dalam Islam?” Rasulullah pun menjawab, “Sembahyang yang ditunaikan pada waktunya. Barangsiapa yg meninggalkan solat, maka dia tiada agama kerana solat itu tiang agama”.
Baginda Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang hamba itu sembahyang pada waktu awal, maka sembahyang itu naik ke langit dengan cahaya, sehinggalah tiba ke arasy, lalu sembahyang itu memohon keampunan kepada Allah untuk tuannya sehingga hari kiamat. Ia berkata: Semoga Allah memelihara akan dikau sebagaimana engkau memelihara akan daku. Dan apabila seorang hamba itu sembahyang bukan pada waktunya, sembahyang itu naik ke langit bersamanya kegelapan. Apabila tiba ke langit ia dilipat, seperti pakaian yang dilipat, lalu dipukul dengannya pada muka tuannya, ia berkata: Allah s.w.t. mempersia-siakan akan dikau, sebagaimana engkau mempersia-siakan akan daku”.
Pikir-pikirkan la ye apa maksud Hadis tersebut dan renung-renungkan. Jangan sekadar baca je.. Itu baru dosa melambatkan solat. Cemane pulak kalau kita tinggal solat? Bagi setiap solat solat yg ditinggalkan tu, ada balasan nye masing-masing. So, cekidaut..
Subuh - Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun* di akhirat. (*nota 1 tahun diakhirat=1000 tahun didunia=60,000 tahun)
Zuhur - Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim.
Asar - Dosa sama seperti meruntuhkan Ka'abah
Maghrib - Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri.(Tergamakkah kita berzina dengan kedua orang tua kita).
Isyak - Allah SWT berseru kepada mereka :- "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT."
Nak menggambarkan lagi betapa penting nye ibadat solat ni, baca pulak balasan lain bagi orang yg meninggalkannye..
Di dunia
- Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.
- Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.
- Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.
Sakaratul Maut
- Roh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.
- Dia akan merasa amat azab/pedih ketika roh dicabut keluar. (su'ul khatimah)
- Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.
Alam Barzakh
- Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.
- Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
- Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari) (Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan)
Hari Qiamat
- Hisab ke atasnya menjadi sangat berat.
- Allah SWT tersangat murka kepadanya.
- Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.
Sama-sama kita renungkan nye. Pentingkan apa yang lebih penting dan kemudiankan apa yg perlu dikemudiankan. One more thing, sama-sama la kita hormat orang yg tengah solat. Jangan pulak bila time orang solat kita boleh gelak kuat-kuat sambil tengok movie pasang kuat-kuat. Dah la solat lambat, pahtu buat pulak perangai camtu pulak. Sama-sama la doa agar Allah ampunkan dosa-dosa kita yee…
1 comment:
betul...manusia sekarang lebih mengejar duniawi jer...akhirat nanti-nanti lah..apa2 nice sharing..refresh keimanan...
Post a Comment