Pages

Leave ur 'jejak' here :)

Thursday, December 30, 2010

Budaya 'coupling'

Salam semua. Wahh.. lame nye aku tak update kan. Padahal hari-hari bukak belog. Saje je malas nak menaip. Huhu. Asek maen game je dua-tiga hari neh. Tapi don't worry la. Assignment yg melambak tu still berjalan dengan lancar nye ye.. Aku sebenar nye tak tau nak merepek ape neh. Tak kan nak cerita aktiviti aku sepanjang cuti seminggu ni kot. Cam bosan je kan?

Pagi ni  bila aku usah dashboard je melambak-lambak blog cite pasal si Khairul Fahmi + awek beliau yg comel tuh. Tapi aku tak nak pon cite sal dorang. Huhu. Kalo nak tau korang boleh baca ler kat blog-blog lain ye. Tapi kalau korang nak usha muka comel beliau + camne kreatif nye jari runcing beliau meng'update' belog, sila ketuk sini ye. Itu belog si awek ye.. Harap maklum.

Utk menghilangkan bosan and nervous aku sebab tetiba ust aku masa form 2 dlu tu dtg (fyi si ust ni selalu tegur tudung aku. Sangat segan ha dengan beliau), aku pon bukak le paper online. Hmetro lah. Ingat nak baca berita. Tapi sepanjang dua tiga hari aku selak paper online tuh aku asek terpandang kan tajuk ni je: Budaya Coupling, Antara Cinta dan Penimbaan Ilmu'. Tiba-tiba macam terasa la bukak kan. Bukan terasa sebab aku buat ye. Huhu. Then terasa la nak cerita kat sini. Sebab aku malas lagi nak taip tazkirah yg lecturer aku bagi tuh. So, baca ni tau.. tau.. tau.. Aku kopipes jer..

Tapi sebelum tu kan.. Budaya coupling betul ke ayat tu? Menurut apa yang aku dah belajar la kan, phrase tu salah. Tapi nape orang gemo sangat pakai ayat tu ek. Ntah le.. check this out je la..


BUDAYA berpacaran kian menjadi amalan kebanyakan mahasiswa sebaik saja bergelar warga kampus hingga menimbulkan keresahan masyarakat. *Betul.. betul.. betul.. sakit mata and sakit telinga bila dengar membe mengeluh takde sape nak la.. minat kat mamat tu la.. minat kat mamat ni la.. belajar sudah.. watpe nak serabut-serabut..? Kan.. kan..?

Kebimbangan itu cukup berasas kerana ia bukan saja mampu mencetuskan fenomena gejala sosial tidak terkawal, malah dikhuatiri boleh menyebabkan mahasiswa tergelincir daripada tujuan asal menjejakkan kaki ke menara gading.



Sudahnya, terkandas dalam peperiksaan, emosi terganggu, pembaziran masa dan wang selain potensi dibuang daripada universiti juga ada.

Meskipun sudah tahu risikonya, mahasiswa masih menganggap budaya itu satu kemestian, jika tidak pasti bingit telinga disindir rakan seperjuangan dengan panggilan ‘surat khabar lama’.




Masyarakat pasti tertanya-tanya penting benarkah budaya ini hingga mahasiswa ‘mengagungkannya’ atau hanya terikut-ikut kerana tidak sanggup dicop ‘tidak laku’?





Bagaimana pula kesannya terhadap mahasiswa, bolehkah membantu mereka mencipta kejayaan dengan dorongan sang kekasih atau sebaliknya? *Aku rasa yg sebalik nye tu betul. Tapi ni bagi kaum yg couple satu campus la.. aku tak.. siap kene ugut lagi.. tak dapat dean list kite putus ea..huuu.. kejam)

Penolong Profesor Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Mastura Badzis, *orang UIA jugak... :D berkata sukar menangkis penularan budaya berpacaran di kalangan mahasiswa kerana sudah menganggapnya sebagai satu kemestian sebaik saja menjejakkan kaki ke menara gading.

Menurutnya, penularan budaya itu sukar dikawal kerana mahasiswa menjadikannya sebagai budaya hidup dengan memberi alasan tertentu supaya diterima masyarakat.

“Disebabkan alasan itulah, budaya ini semakin berkembang dan sukar dihapuskan. Meskipun tahu natijahnya, mereka tidak kisah kerana beranggapan ia satu kemestian dan perlu dilakukan.

“Jika tidak, mereka pastinya disindir atau ditempelak sedangkan banyak lagi tanggungjawab utama perlu dilaksanakan, bukannya sibuk mencari pasangan atau melayan angan - angan yang belum pasti.

“Malangnya itulah yang menjadi keutamaan mahasiswa hari ini hingga menimbulkan kebimbangan bukan saja ibu bapa, tetapi masyarakat yang kadang kala sakit mata melihat aksi kurang sopan mereka di khalayak ramai,” katanya.

Persoalanya mengapa budaya yang tidak digemari masyarakat ini menjadi keutamaan sebahagian besar warga kampus?

Beliau berkata budaya berkenaan sudah dianggap sinonim sebagai lambang kebebasan remaja mencorakkan masa depan tanpa kongkongan ibu bapa apatah lagi kejayaan menjejakkan kaki di menara gading sudah dianggap mampu berfikiran matang.

Atas kepercayaan itu mahasiswa bagaikan berlumba-lumba mencari pasangan bagi membuktikan mereka sudah dewasa selain sudah tiba masanya belajar berdikari dan membuat keputusan.

Terpilih melanjutkan pengajian di menara gading bermakna mereka sudah melangkah ke frasa dewasa, justeru, naluri untuk saling menyayangi timbul meskipun masanya tidak sesuai.

“Pada masa sama, mahu membuktikan mereka ‘laku’, ada peminat serta mampu menarik perhatian rakan berlainan jantina untuk menjalin hubungan ke peringkat serius.

“Ini tidak seharusnya berlaku kerana mahasiswa perlu meletakkan kepentingan utama iaitu menuntut ilmu dan menghabiskan pengajian, bukannya mencari pasangan sekali gus menjalin hubungan terlarang,” katanya sambil menegaskan budaya itu mampu membuat seseorang berisiko terbabit dalam pelbagai masalah luar jangkaan.

“Bayangkan jika pasangan mahasiswa itu bergaduh sedangkan esok ada peperiksaan. Emosi akan terganggu, tidak dapat belajar, sekali gus berdepan risiko gagal dalam pengajian,” kata Dr Mastura.

Tidak nampak faedah mempertahankan atau mementingkan budaya itu kerana jelas mengundang keburukan. Mungkin ada beranggapan diri kuat berdepan cabaran, malangnya aspek membabitkan emosi sukar dikawal.

Ditanya adakah budaya itu mampu menyumbang kepada peningkatan masalah sosial, beliau tidak menafikan malah menganggapnya antara penyumbang terbesar kerana didorong perasaan sayang luar biasa.

“Kebanyakannya masih muda dan terlalu hijau mengenai selok-belok kehidupan. Apabila disogokkan dengan pelbagai pengalaman dan cerita mengenai keseronokan dunia percintaan, mereka yang naif mudah terjebak.

“Meskipun ada mengaku hubungan itu dijalinkan atas paksi ‘bersih’, masih sukar menolak godaan nafsu. Maruah diri tergadai, masa depan juga hancur gara-gara budaya ini,” katanya.

Beliau menyarankan mahasiswa supaya memperteguhkan emosi dan diri untuk lebih fokus kepada pengajian.

“Tidak dinafikan, isu membabitkan perasaan sangat subjektif, tapi mahasiswa perlu kuat dan mempunyai pendirian. Fokus pada tujuan utama dan jangan mudah terpengaruh dengan kejutan budaya.

“Menara gading tempat membina kejayaan hidup masa depan jangan persiakan peluang dengan terjebak kepada perkara merugikan selain tidak perlu terburu-buru memberi komitmen pada pasangan saja.

“Gunakan zaman remaja dengan melakukan perkara berfaedah. Apabila tamat pengajian dan memperoleh pekerjaan, itulah masanya paling sesuai mencari pasangan hidup secara sah,” katanya.


Ok bebeh. Sumber maklumat ni aku petik, kupas, and digest dari sini. Kalau korang-korang yg bergelar mahasiswa yg terbaca entry ni yg ada couple jugak.. jadikan la pasangan korang tu penguat semangat utk lebih berjaya ye.. huhu. Bajet bagus pulak budak ni kan? Ok la. Ngutuk orang tu dosa tau. Aku nak p cari makan jap. Babai..


4 comments:

Diyanieee said...

dah jadi 1 perkaraw wajib utk ada couple wat masa skrg ni..
ntah la napa..
last sem masa lpas raya g dah clash..
then bila exam.. result saya lg better than dia yg failed 1 subject..
mmg mengganggu emosi juga but at least saya boleh bjaya juga tnpa couple..hehe..

continue stdy laa..keja dulu..now cuma kwn jak ngn ex bf..
hohoho...

Emma said...

camtu la.. kdg2 kesian tgk mmbe yg kecundang lm exam sbb mslh couple nih..
tp kdg2 cm nk ckp pdn muka pon ada gk..
ape2 pon sume nye bergantung pd diri kita jugak le kan..?
wah.. bagus nye still blh jd kwn ngn ex.. salute lah! hehe..

Diyanieee said...

kena pndai jaga diri masa belajar..
mmg betul ada couple ni bley bg semangt tp tue kalau iman belajar yg kuat sebenarnya..hahaha..kan? betul tak??
semuanya bergantung kepada diri kta sendiri..kita taw mana yg baik n bruknya tp klu tak sedar tu..fham2 la..hehe..

and yes..saya masih bkwan dgn dia sb kerap sgt bgduh..tp kalu ada jodoh tak kemana juga.. :)

Emma said...

betul..betul..betul..
sokong 100%..

haish..bunyi semacam je ayt tu..
huhuhu

Bebudak comel

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KiraKira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers